Monday, November 28, 2005

Stripsquat.... hmmmm .....

Sepanjang 2 minggu ni macam-macam cerita pasal lokap polis dan strip search. Memang itulah sebenarnya amalan polis sebelum seseorang pesalah dimasukkan ke lokap. Public in Malaysia semuanya semacam tersentak dengan berita ini, tapi itulah reality sebenarnya. Opposition leader macam Theresa Kok, Lim Kit Siang dan independent political blogger like Jeff Ooi , Mack Zulkifli dan Politic 101 betul-betul menghentam polis. Terlalu panjang nak menghuraikan apa yang mereka komen, tapi rata-rata memang mempertikaikan tindakan polis dalam hal ini. Malah klip tersebut dipaparkan secara terbuka di blog politik 101. The heated arguments bukan saja heboh diperbincangkan di Malaysia, malah menarik minat BBC dan juga media australia. Jeff Ooi menyamakan kes ini sebagai selari dengan kes penderaan di penjara Abu Gharib. Inilah senarionya.
Bermula dengan kisah 4 Chinese National yang membuat sidang akhbar berkenaan kisah mereka di tahan pada 4 November dan tingkah laku polis membogelkan mereka, yang polis lelaki mengendap mereka wang dan pakaian berjenama dicuri, terus merebak ke pendedahan klip stripsquat dan terbaru berita dari Fu Jian, China yang mendakwa mereka juga pernah didera. Kes ini sebenarnya saling tak tumpah macam kes Ah Loong (ceti haram). Orang pinjam Ah Loong tanpa cagaran, lepas tu tak nak bayar. Bila kena harass mula jumpa Micheal Chong buat press conference. Sampai ada ke tu rupanya memang kerja dia meminjam ngan Ah Long untuk berjudi .... salahkah Ah Loong nak dapatkan balik duit mereka? Samalah macam kes ini, berapa ramai kita tengok pelacur dari tanah besar. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, dan kerana kebanjiran pelacur dari tanah besar inilah juga persepsi pihak berkuasa terhadap mereka menjadi kabur. Timbul soal profiling yang menyatakan semua pelancong dari tanah besar datang untuk berniat jahat ...sehingga keluar kenyataan menteri yang 50,000 pelancong tanah besar hilang di Malaysia. Ini sudah jadi red flag! Jadi semacam satu phobia bila pihak berkuasa terjumpa mereka ... memang tak boleh elak punya mesti datang profiling yang lahir dari persepsi sempit.
Tapi kita kena fikir rasional stripsquat ni dilakukan. Tujuannya supaya suspect tak tak bawak bahan merbahaya ke dalam lokap yang membahayakan dirinya dan orang lain kedalam tempat yang terlalu sesak. Ia juga satu cara untuk membuat search tanpa perlu meraba badan suspect. Itu yang cuba diperjelaskan oleg Deputy IGP, Datuk Seri Musa Hassan. PM & DPM memang mengarahkan supaya siasatan penuh dan terperinci dilakukan, tapi tak pula memberi arahan supaya polis wanita tersebut di kenakan tindakan, kecuali jika dia terbukti bersalah. Mungkin setiap orang mempunyai pendapat berbeza, tapi DIG memang heavily criticised by all the political blogger. Walaupun begitu, tindakan pihak polis menjalankan stripsquat itu patut dipertikaikan kerana ianya dilakukan ditempat yang agak "terbuka". Hmmm ... not to comment so much on this tho... kenalah sediakan balai polis yang memenuhi kehendak semasa jugak. IPD Petaling Jaya telah dikenalpasti sebagai tempat berlakunya peristiwa yang dirakam, dan anggota yang merakam juga telah dikenal pasti. Entahlah kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan polis.
Insiden ini memang memalukan negara atas tindakan polis yang dirakam, sehingga membawa kepada kenyataan PM yang Malaysia sedia minta maaf sekiranya penduduk tanah besar being mistreated by our enforcement agencies. PM juga telah mengumumkan satu independent enquiry dibuat terhadap kes ini. Bukan tak percaya polis, tapi kenalah faham skop siasatan berbeza. Independent enquiry bukan untuk pendakwaan tapi mencari sebab sesuatu permasalah itu timbul dan lebih luas skop siasatan, bukan seperti siastan polis yang melibatkan CPC & Penal Code.
Berita terbaru pulak diterima hari ini bila Datuk Timbalan Menteri bagi quite a damaging statement I believe. Not to comment on this also ...

Thursday, November 24, 2005

19th to 24th Morning .....

Hahahahaha ada sedikit kelainan tajuk posting kali ni. Kata orang tu nak keluar dari kepompong asal ... out of normal kalau nak lagi extreme supernormal. Kali ni nak tukar approach sikit sebab for the past few days ni tak posting ... bukan ape takde mood sebab nak menunggu result keluar. At last ... tadi pagi2 morning aku dah access SOLS (Student online system). Sebelum aku cerita pasal result aku rasa aku nak cerita apa yang berlaku sepanjang minngu ni bermula dengan :-

Sabtu, 19th November 2005
Hari Sabtu lepas aku dan wife aku telah bertungkus lumus menjayakan open house kami yang pertama di Australia. Perancangan asal nak masak nasi baryani, bubur lambuk, dan soto, tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan seperti kekurangan rempah ratus, menu terpaksa ditukar kepada nasi ayam, mi bandung dan bubur lambuk sebagai dessert. Pagi2 bangun potong2 bawang dan cili mana yang patut. lepas tu relax sekejap sebab tak ada ayam nak masak. Pukul 9 pagi aku call Abdul the buthcer untuk order ayam & daging. Aku order 5 ekor ayam, 2 kilo tigh filet dan sekilo mince beef. Aku janji nak ambik pukul 10 pagi. Sementara menunggu nak pick up ayam & daging tu aku sempat basuh dan sidai baju. lebih kurang pukul 10 aku sekeluarga pergilah ke kedai Abdul untuk ambil ayam & daging. Lepas tu sempat lagik pegi ke Kmart & Woolies beli barang mana yang patut. Lepas tu pergi rumah Hasri pinjam periuk nasi dan additional periuk besar, semalam dah pinjam dah dari Hasri & Azdie tapi bile check2 tak cukup.Balik rumah dah lebih pukul 11, relax sekejap lebih kurang kol 12 lebih baru start masak. Aku masak bubur lambuk ala OZ (mana cukup bahan macam bubur lambuk Kg Baru) & Mee Bandung & Nosy punya tugas masak nasik ayam. Lebih kurang pukul 4 ptg siaplah semuanya dimasak. Rumah kena vacum balik sebab dah bersepah dikerjakan budak 2 orang tuh ... selesai aje vacum orang dah mula datang, sebab memang purposely invite orang datang pukul 5, kira dinner mat salleh lah ni. Alhamdulillah laku jugak masakan kami ... tak tahulah sebab sedap ke atau sebab depa dah lapar hehehehehe.

Ahad, 20th November 2005
Tak banyak dibuat hari Ahad ni sebab kepenatan semalam. Bangun tidur baru terasa sakit badan. Berehat aje the whole day. Cuma sebelah petang aje pergi ke rumah Kauther (another post grad)for her open house. She cooked spaghetti (betul ke ejaan ni hahahahaha)dengan roti cicah kari. Tapi ada macam2 dessert termasuk buah melaka, puding roti & chocolate cake. Lepas Maghrib & lepas final Australian Idols baru balik. Sambil2 tu pulangkan periuk belanga yang dipinjam dari Azdie & Hasri.

Isnin, 21st November 2005
Hari ni Danish pergi pre-school, tinggal aku ngan Firas aje kat rumah. Tak banyak yang dibuat melainkan melayan si firas yang semakin naughty dan kuat menyepah. naik lemas aku melayan dia. tka de apa yang menarik harini. lupa pulak apa news kat newspaper yg aku baca. nak komen pun takde mood sebab tunggu result.

Selasa, 22nd November 2005
Harini both Danish & Firas pergi Kids Uni (childcare). So harini aku ada masa banyak terluang, dan aku penuhi masa aku dengan apply kerja untuk aku dan jugak wife aku sekali. Contract dia dah nak expire soon, so kena start cari dari sekarang. Banyak gak yang aku apply utk aku sendiri. Aku terima satu Phone calls dari Hays agency dia kata position y aku apply tu dah being filled, tapi dia akan contact aku bila ada similar kind of position. Yang lain tu hampeh .... ada yang reply thru email aje kata tak sesuai ... ade tu tak reply langsung ... hampeh!!!

Rabu, 23rd November 2005
Aku ingat harini result keluar ... punyalah beria login kat SOLS .. tengok2 esok laaa... hampeh! Harini Kedua2 askar aku ada kat rumah membuat sepah dan kecah di rumah. Habis rumah jadik macam reban ayam ... bersepah!!! Harini Doug Meredith, classmate aku yg juga Partner Forensic BDO Sydney email aku, tanya aku nak join audit/consulting dept tak? aku pun apa lagun .... orang mengantuk disorong air milo ... makin ngantuklah ... hahahahaha. Aku kata I'm willing to to give it a try, maybe to gain local experience first, and kalau BDO Forensic ada opening boleh mintak transfer terus hahahaha aku ni memang muka tak malu. At least aku nak mintak depa sponsor visa 457, jadik takyah guna student visa, leceh student visa ni.

Khamis, 24th November 2005Macam aku cerita tadi pagi2 pukul 5.15 am aku dah check result aku. Keputusan takdelah terlalu cemerlang, cuma 2 distinction dan 1 credit. sikit2 lagi nak dapat 1 HD dan 2 D, kurang 2/3 markah aje. Siut betullah .... takpe ... overall grade still lagi Distinction. Hopefully the last 2 project paper tak drop jauh or hopefully can maintain at the current level.

Friday, November 18, 2005

Macam-macam cerita

Hari ni aku ada macam-macam cerita, sampai aku tak tahu nak letak tajuk apa. Dari cerita Michelle Leslie, Scappel Corby, Khutbah Jumaat sampailah ke kisah Mawi (yang ni saje nak naikkan rating blogs) semua aku tertarik.

Mula mula nak cerita pasal Michelle Leslie yang kena tangkap di Bali memiliki Ecstacy. Macam2 kecelaruan kes ini timbul, bila model yang juga kekasih anak seorang billionaire. Selepas dikaitkan dengan anak senior minister Indonesia, tetiba aje tuduhan memiliki dadah yang membawa hukuman penjara 15 tahun digugurkan dan di tukar kepada kesalahan menyalahgunakan dadah yang membawa hukuman penjara 3 bulan. Harini bila pertuduhan dibaca, dan dia mengaku bersalah ... within a few hours she walks free. Lain ceritanya dengan Scappell Corby, daripada kemungkinan hukuman mati, tetiba aje pendakwaraya meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ... Selepas rayuan dibuat, hukuman dikurangkan kepada 15 tahun. Pelbagai persoalan yang timbul termasuk pengaruh kerajaan Australia terhadap Indonesia. Barulah aku sedar kenapa DR.M dan kerajaan Malaysia selama ini sering bertelagah dengan pemimpin Australia, mungkin inilah yang pemimpin kita mahu elakkan. Dulu langsung tak ambik kesah hal politik dunia, tapi bila dah melihat sendri baru terfikir.

Lain pulaknya di Malaysia, dikala orang bertelagah untuk mengekalkan kedaulatan tanah air seperti di Palestine, Iraq, Iran ... di Malaysia orang melayu bertelagah untuk menegakkan sapa yang betul dan sapa yang tidak betul, bukan dalam politik ... dalam dunia hiburan! Memang dalam politik kita tahu silap sikit teruk kena fire ... ini sampai dunia hiburan pun jadik perkara yang sama. Sedih dan kecewa dengan mentaliti anak melayu kita. Aku tak ada hak nak komen, sebab itu hak masing-masing. Cuma berpesan jangan sampai satu hari nanti bangsa lain mentertawakan kita dan kita masih lagi di lamun angan-angan. Tidak salah berhibur, asalkan tidak mengkhayalkan ... tapi kalau dah ke tahap taksub .... hmmm no comment.

Masuk pulak cerita khutbah Jumaat hari ini di Omar Mosque. Topic hari ini berkisarkan tentang perpaduan umat islam tanpa mengira mazhab, pegangan (sunni atau shi'it) semuanya perlu bersatu. Banyak yang diperkatakan tentang perpaduan dan toleransi. Seperti biasa imam berkata kita perlu matang dan berhati-hati serta lebih berhemah terutamanya hidup di negara yang bukan majoriti penduduknya adalah Islam. Kita tak perlu terlalu rigid denan mazhab yang kita pilih kerana kita hidup berpandukan Alquran dan Alhadith. semua pandangan imam Mazhab boleh diterima pakai, dan kita boleh pilih mana yang paling sahih yang disokong oleh Alquran dan Alhadith... bukan paling ringan atau terlalu mengikut panduan satu2 mazhab. Pandangan imam mazhab hanya dijadikan satu panduan, dan lebih merupakan persoalan ranting. Aku tak nak bagi komen takut salah sebab ilmu agama aku tak mencapai ke tahap itu lagi. Tapi aku hanya menulis berdasarkan apa yang aku dengar dan yang aku paham. Dulu aku pernah belajar di sekolah agama, bahawa Taklid itu amat bahaya. Taklid ni mengikut kata orang tanpa usul periksa (lebih kurang macam tulah maksud dia). Gitulah tapi the gist of the khutbah harini tentang pentingnya perpaduan umat Islam tanpa mengira mazhab. Imam ada bercerita tentang pentingnya perpaduan dan ukhwah ini di mana mengekalkan perpaduan adalah kewajipan setiap umat islam. Ada seorang muslim datang pada imam dan bertanya, dalam satu mazhab sembahyang tarawikh cuma 8 rakaat (disokong dengan riwayat sahabat) dan ada mazhab yang lain 20 rakaat, jadi kalau diberi pilihan mana satu dia patut terima keran aberlaku pertelagahan pendapat? Imam jawab balik rumah dan tidur, kerana mengekalkan perpaduan itu fardhu, dan tarawikh itu sunnah. Jadi kalau timbul perbalahan tentang bende sunnah dan merosakkan kewajipan... apa gunanya. Kesimpulan di sini mengekalkan perpaduan itu amat penting. Penyelesaian nya kedua-duanya boleh diterima pakai.

Jadi pada yang berbalah dengan perkara remeh dan keduniaan tu cepat2lah tersedar, dan hiduplah dengan aman dan damai.

wassalam

Tuesday, November 15, 2005

Spring Cleaning .... or Summer Cleaning?

Cuci jangan tak cuci .... Sabtu ni aku nak buat open house, so kenalah cuci segala kulat2 winter nih. inilah susahnya duduk negara sejuk yang rumah takde centralised heating ni. wuish!! angin kuat gile kat luar tu ... hehehe off topic sket. kulat ni sebab lembap masa winter, now ni dah panas balik, so oklah nak cuci, during winter dulu 2 3 kali aku cuci, tak sampai 2 minggu dia keluar balik.
Malam tadi kecoh blok rumah ni sebab penghuni Unit Satu sebok anak dia hilang. 2 kali ketuk rumah aku tanya anak dia si Thalia tu ada ke tidak .... last2 pagi tadi aku dapat tahu yang kawan si emak budak tu bawak dia balik rumah. buat kecoh satu blok aje.

Saturday, November 12, 2005

Khutbah Jumaat & Docementary Tentang Islam

Semalam dalam khutbah Jumaat di Omar Mosque, Gwynneville, imam telah mengingatkan semua muslim agar lebih berhati2 dan menjaga dengan komen dan tingkah laku terutamanya berhubung dengan social life di Australia. Memandangkan Australia adalah negara bukan Islam yang mana golongan Islam hanyalah minority, maka segala tindak tanduk perlulah di jaga. Menurut beliau memang dalam islam kita perlu menegur perkara mungkar, tetapi harus diingat, sebelum memberikan sebarang teguran atau komen terbuka fikirkan dulu keburukan yan akan timbul. Sekiranya keburukan melebihi kebaikan, baiklah senyap. Beliau juga mengingatkan komen Tony Costello (Australian Treasurer) yang mengatakan Australian tidak mahu muslim mengubah cara hidup mereka, dan jika muslim tidak suka dengan cara hidup Australian mereka boleh meninggalkan Ausralia dan balik ke negara masing-masing. Agak keras kata-kata ini, tapi masih lagi berlapik ... imam memesan supaya berhati2 kerana Australia masih lagi memberi kebebasan beragama kepada muslim lebih daripada kebebasan yang beliau kecapi di negaranya sendiri. Jangan sampai kebebasan yang dikecapi ditarik balik. Ini berhubung dengan akta baru yang telah diperkenalkan olah Australia. Sehingga hari ini 18 orang telah ditangkap di Australia di bawah akta anti terrorist yang baru diperkenalkan. 3 daripada 18 muslim yang ditangkap pernah menimbulkan kontroversi di media Australia. Seorang menyatakan sokongan terbuka terhadap Osama bin Laden dan 2 lagi mengkritik budaya dan gaya hidup golongan remaja Australia dan bertegas tidak mahu mengikut budaya mereka.

Beliau juga mengutuk dan menyatakan serangan bomb terhadap orang awam yang tidak bersalah adalah salah di sisi agama, dan bukan mencerminkan nilai islam sebenar.

Semalam juga ada satu documentary bertajuk 30 days. Documentary ni tentang seorang pengikut kuat ajaran kristian yang menerima cabaran untuk tinggal dalam keluarga islam dan mengamalkan cara hidup islam selama 30 hari. Dalam temuramah awal bila ditanya tentang pre-conception beliau terhadap Muslim, beliau menyatakan 3 perkara: September 11, Terrorist, dan AK-47!. BEgitu buruk pandanan orang yang tidak tahu tentang Islam. Bukan setakat beliau, rata2 orang awam yang ditemuramah menyatakan sedemikian. Tapi setelah beliau mengalami cara hidup Islam selama 30 hari dan memahami Islam dan kerukunan hidup masyarakat Islam segala tanggapan buruk terpadam. Beliau kagum dengan disiplin muslim di amerika yang bersembahyang 5 kali sehari seawal 5 pagi, dan kagum dengan ibadah sembahyang. Beliau mempelajari cara sembahyang, dan cuba memahami pengertian dan maksud bacaan dalam sembahyang. Banyak lagi sebenarnya yang diceritakan dalam documentary selama sejam itu. Pada akhirnya, beliau tidak lagi menganggap muslim itu adalah terrorist, dan beliau berkata yang beliau akan membantu muslim mengubah persepsi masyarakat barat tentang Islam. Beliau sempat menyatakan, jika ada 500 terrorist dikalangan 2.5 billion muslim di dunia, adalah tidak adil untuk melabelkan muslim sebagai terrorist. Tapi itulah hakikat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Thursday, November 10, 2005

The Bomb Maker & Suicide Bomber

Akhirnya setelah bertahun bersembunyi, Dr Azhari telah terkorban. Agak menyedihkan, dianggap sebagai golongan bijak pandai melayu akhirnya tersungkur dek peluru ganas. Baru semalam media massa Australia heboh memperkatakan tentang serbuan terhadap terror suspects harini sebuk pulak keluar cerita Dr Azhari terbunuh dalam serbuan di Batu. Tak tahu apa persepsi masyarakat bukan Islam terhadap muslim. John Howard semalam dalam sidang akhbar berkata terror raid was not tergetting the muslim, but to the "muslim terrorist".
Pada masa yang sama Jordan pulak bergegar dengan bomb. bomb di sana sini, meletup di sana sini .... dam dam dum bunyi bomb. itulah hakikatnya, dan kerana itulah masyarakat di sini semakin memandang serong pada islam dan muslim. Pernah ada yang mengatakan ini kerja-kerja perisik2 barat dan yahudi ... entahlah hanya Allah dan mereka yang terlibat tahu siapa punya angkara.
Lain pul halnya di Britain. The Lawmaker rejected Tony Blair's draft on anti terror act.
Dikala negara-negara barat semakin rancak menekan dan menuduh islam itu penganas, dan menindas negara-negara yang dikatakan negara pengganas OIC masih tetap dengan peranannya oooo I see ....

Wednesday, November 09, 2005

17 will be charged under Australian new anti terrorist act

Hmmmm ...... 17 MUSLIM were arrested yesterday following the anti terrorist raid. Aussies had implemented the new act to counter the terrorist threat, and particularly aimed on radicals muslim clerics.

Happy Birthday Sam

Semalam 8 November 2005 genap umur aku 29 tahun. Tahun ni aku tak langsung celebrate birthday aku, cuma terima birthday wish dari wife aku (itupun dah pagi lepas dia pergi kerja baru dia teringat), dan dari kakak2 aku. Tak ada yang menarik berlaku on my birthday, pagi hantar bebudak gi childcare, balik mengadap computer buat search firm yang provide Forensic Accounting service, lepas tu apply kerja untuk summer holiday ni.
On 7th haritu aku pergi interview at Ferrier Hodgson dekat Sydney CBD. Unfortunately dia nak orang yang ada experience on commercial litigation, aku cuma berbekalkan fraud & financial crime investigation knowledge. Dia nak senior forensic accountant/ junior manager. hehehehe dah tahu tak ade experience apesal nak panggil.
Cerita pasal hari raya di Wollongong memang tak semeriah di Malaysia, tapi dengan kedatangan my mother in-law dan adik ipar aku telah berjaya menyelamatkan keadaan. For 3 weeks diaorg ada rasa meriah pulak rumah aku ni ... ni bila diaorg balik Mesia on the 5th haritu terasa sunyilah pulak. Anak2 aku sebok keluar masuk bilik belakang cari diaorg. Nak tahu macam mana raya disambut kat sini masuklah fotopages aku.
Semalam jugak aku terima berita mengecewakan. Major research aku untuk Forensic and Litigation Framework dah dapat grade. Aku cuma dapat credit. Aku expect High Distinction or at least Distinction. Hopefully overall grade for this subject still dapat maintain Distinction. Frust nak mampus sebab aku concentrate gile ngan major research ni. sehari at most aku tidor pun 3 jam (sepanjang bulan puasa) sebab nak buat research betul2. Entahlah .... tak rezeki aku kot. Harap kalau credit tu still high credit lah so adalah harapan lagi subject ni nak dapat Distinction. Salah satu sebab aku punya focus tu tak tepat. Aku pun tak tahulah mungkin silap aku atau mungkin sebab kelantangan suara aku meluahkan ketidakpuasan hati aku dengan content of the course tu menyebabkan lecturer aku tu mark down aku punya grade. Takpe, aku nak jumpa course director aku, nak mintak dia review aku punya paper. Manalah tahu ada rezeki dia nak naikkan grade aku pulak.
Kalau aku tak dapat kerja jugak summer holiday ni, aku rasa baik aku start buat project paper aku. Aku ada 2 project paper next semester dan 1 subject tambahan. Aku ingat untuk subject tambahan aku nak enroll for insolvencies, dan untuk project paper aku tu pulak aku nak buat pasal parallel banking dan satu lagi mungin on money laundering. ini aku memang nak pulun habis2an nih.
oklah aku nak melayan anak2 pulak ni ....

Tuesday, November 01, 2005

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Harini aku merdeka sebab harini aku telah berjaa menyiapkan dan menghantar aku punya final research paper for this semester. Kebetulan pulak tak berapa hari nak raya. Walaupun beraya diperantauan, tapi dengan tak adanya mende2 yang tertunggak ni sungguh nikmat rasanya. Sejak week 4 sampai week 15 ni memang tak berehat aku dengan assinment, test, case study and research. Finally tamat lagi satu semester ... 2 down 1 more to go... tapi sebelum tu cuti dulu 3 bulan.
Tak de mood lagi nak membloging sebab tengah mood merdeka ni ... nak enjoy my FREEEDOOOMMMMM