LRT oh LRT
Dah lama aku tak update blog aku nih. Rindu pulak nak merapu tapi sebab kerja yang terlalu banyak menyebabkan aku tak sempat. Punyalah sebok sampai aku nak Qodo' Hajat pun susah heheheheheheh. Sebenarnya for the past 2/3 weeks aku mmg teramat sebok dengan projek. Itu 3 projek aku yg urgent ... ada lagi 4 projek dalam tangan yang tak seurgent 3 projek tu, jadik aku ambik kesempatan ni untuk abuse aku punya office hour untuk tulis blog hehehehehehe. Inilah dinamakan rationalisation, dimana aku mencuri masa kerja aku bagi menggantikan extra hours yg aku spent utk menyiapkan projek aku harituh. for the past 3 weeks aku kerja balik lewat malam, then weekends pun aku datang office, bukan dapat allowance or OT pun, dahlah tuh time off pun tak dapat. Jadi aku rasa aku kidnap sikit setengah jam utk tulis blog kira oklah kot. Sekarang ni aku ada 4 projek besar dan ada 1 projek yg tak berapa besar sebab ramai team member. Sekarang ni forensic accounting section ni aku sorang, so semuanya kena buat sendiri ... aku dah mintak boss aku tambah org under aku ... dia kata ok tapi kena bawak lah ke management comittee meeting ... entah bila lah agaknya nak dapat. Aku tak tahulah boleh tertangan ke tidak semua projek yg dalam pipeline nih. 1 due in 3 months from now, 2 projek 6 months from now & 1 projek 9 months from now. semuanya projek2 yang amat besar dan memeningkan kepala.bosanlah cerita pasal kerja ... harini aku nak cerita pasal ragam orang naik LRT! Aku pergi kerja setiap hari naik limo panjang yg takde driver ni ... PUTRA LRT! dan setiap harilah aku pergi dan balik kerja bersesak2. dia punya sesak tu mengalahkan sardin ... itu sebabnya aku selalu keluar kerja awal sebab tak nak bersesak2. Aku naik LRT dari taman bahagia (PJ) yg merupakan 2nd station after kelana jaya. Even 2nd station tapi tetap kena berdiri ... kalau aku naik train selepas 7.30 am bermakna aku akan menghadapi masalah kekurangan ruang .... hahahahaha jadik kenalah aku keluar rumah before 7.10 utk berjalan kaki selam 15 minit ke LRT station. ini aku nak cerita pasal disiplin penumpang2 LRT ni. satu yg aku kagum dgn rakyat malaysia sekarang ni ialah .... mereka reti untuk beratur!!!! mula2 aku terkejut gak ... tapi baguslah sebenarnya rakyat malaysia ni boleh didisiplinkan. ada satu hari tuh, kami semua beratur panjang untuk naik LRT, termasuklah cina, india, melayu, mat & minah Indon, mat & minah salleh .... bila LRT sampai kami tunggu orang keluar dulu barulah kami perlahan2 masuk. dengan secara tiba2 jeng! jeng! jeng! dengan penuh kepantasan aku nampak seorang lelaki muda berkopiah telah memotong Q mencilok untuk masuk dalam LRT dengan penuh keselambaan. Chet hampeh sungguh!!! sungguh memalukan sebab semua org geleng kepala termasuk mat2 & minah2 indon. yang lebih memalukan dia memakai kopiah!!!! aiyyoooo kalau mahu buat jahat kasi bukaklah itu kopiah brader ... bikin malu tau. Aku pun tak paham, dia nientah datang dari dusun mana agaknya ... kalau pun datang dari dusun ke gunung ke ... takkan tak nampak org beratur? hello brader mata buta ka? akai ada ka? aku tak tahu apa punye spesis lah ini orang.
banyak lagi sebenarnya ragam dalam LRT ni ... pernah jugak berlaku tetiba ada pompuan menyeranah sorang mamat ni .... dari yg aku dengar ... hehehehhee bizi bodi gak aku ni ... perempuan tu claim lelaki ni raba dia .... lelaki tu pulak kata bukan dia nak raba dah sempit tergesel sikit pun nak bising ke? kalau tak mo tergesel naiklah kereta/teksi ..... aku tak tahulah mana satu yang betul .... kalau betul tergesel mungkin gak sebab sempit ... kalau sengaja hehehehhe apelah punye pervert ... yang pompuan tu lak .... kalau tak mo kena gesel naiklah train lebih awal ... hehehehehe aku tak tahu kesah sebenarnya, lantak depalah.
Tapi, apa2 hal pun aku suka tengok disiplin penumpang2 PUTRA LRT .... bukan setakat beratur, tapi dah reti nak bangun bagi tempat duduk kepada org yang betul2 memerlukan .... kasimpulannya sapa kata rakyat malaysia tak boleh didisiplinkan, cuma kena ada something yang trigger bende tuh.
3 Comments:
sedih sedih ... stress belajar and kerja .. :(
nak tahu apa itu kl naiklah LRT
semacam naik bas saje... huhuhu...
salam kenal ye...
Post a Comment
<< Home