Thursday, March 16, 2006

MRSM Jasin Terbaik!!!!

Tengoklah sapa dia punya super duper senior .... hehehehehehehe :D

SPM: 6,235 di 28 MRSM cemerlang
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kesemua 6,235 pelajar di 28 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu, seramai 103 orang memperoleh 1A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata, MRSM Jasin di Melaka muncul MRSM terbaik tahun ini diikuti dengan MRSM Taiping, MRSM Beseri dan MRSM Langkawi.

``Keseluruhan sembilan mata pelajaran yang diambil pelajar kita juga telah mencatatkan peningkatan yang begitu baik sekali.

``Malah kita dimaklumkan, kesemua pelajar MRSM Pontian sebagai contoh, berjaya memperoleh 1A dalam Matematik,'' katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 12 buah lagi MRSM akan ditambah.

Justeru katanya, pengambilan awal ke MRSM tersebut dijangka dapat dibuat pada awal tahun 2007.

Beliau juga menjelaskan pihaknya tidak bercadang untuk memaksa para pelajar MRSM untuk mengambil lebih banyak mata pelajaran walaupun ada di antara mereka yang mungkin boleh melakukannya.

Katanya, pihaknya tidak mahu membebankan pelajar sebaliknya mereka perlu menumpukan perhatian ke atas sembilan mata pelajaran teras yang telah ditetapkan.

Mengenai syarat kemasukan, beliau berkata, syarat yang sedia ada sudah cukup ketat biarpun jumlah mereka yang cemerlang dan layak untuk memohon ke MRSM semakin bertambah pada setiap tahun.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home