Memalukan
Semalam aku tengok rancangan Today Tonight. Rancangan ni bermula dari jam 6.30pm - 7.00pm. Dalam rancangan tu ada satu segment yang betul2 memalukan ... bukan saja aku tapi memalukan semua umat Islam di mata masyarakat Australia. Kisahnya berkenaan this one muslim man kawin 2. Yang jadik issuenya mamat ni tak kerja, kawin 2, ada anak ... jadi utk menyara hidup dia claim benefits dari Centrelink*, dan boleh pulak hidup mewah. Itu yang jadi tak betul sebab bila claim dari Centrelink tu adalah declaration yang tak betul dibuat, atau misleading. Siap interview imam besar Quensland lagi nak tanya pasal benda ni. Imam tu dengan selambanya kata lelaki itu tak layak untuk kawin lebih dari satu sebab hanya orang yang berkemampuan dari segi zahir dan batin boleh kawin lebih dari satu. Dia kata Islam tak benarkan kawin ramai dan kemudian claim benefits dari centrelink. Inilah pak arab kat sini... memang memalukan umat Islam dengan memberikan persepsi yang salah. Mereka kat sini tak tahu pasal Islam yang sebenar2 nya, yang dia org tahu muslim ni dikaitkan dengan terrorism. macam ni macam mana Islam nak bekembang. Teringat aku kisah yang Imam Masjid Gwynneville cerita pasal seorang jiran Nabi Muhammad SAW yang beragama yahudi. Kerja dia ni setiap hari membuang sampah di depan pintu rumah nabi. Pada satu ketika tu bila Rasullullah SAW keluar rumah tak ada sampah dibuang depan pintu baginda. kalau tak silap aku utk 3 hari tak ada sampah, Rasullullah pergi ke rumah lelaki yahudi tu utk bertanya khabar ... rupanya dia sakit. Kerana perilaku Rasulullah yang mulia itu, lelaki Yahudi tu telah mengucapkan 2 kalimah syahadah ... (cerita ni tak berapa lengkap sebab dah lama dah imam cerita pasal ni... tapi inilah gist of the story). Kalau kitalah hari-hari orang campak sampah depan rumah mahu kena sula orang tu ... Jadi kesimpulannya cara yang terbaik untuk berdakwah adalah dengan mempamerkan perilaku yang baik dan terpuji, bukan setakat berceramah tentang itu ini, tapi dengan jiran sebelah rumah nak saman menyaman (sapa ek tu?)* Centrelink tu adalah satu badan kerajaan yang mempunyai fungsi macam Jabatan Kebajikan Masyarakat kat Malaysia. Di Australia ni citizen yang tak bekerja atau berpendapatan kurang daripada $26,600 setahun (tak silap aku ... tak pun $16,600 nett of tax setahun) akan dapat bermacam2 elaun seperti unemployment benefit, Rental Allowance, dependent benefit (anak, isteri/de-facto) etc. Kalau PR pulak entitle semua kecuali unemployment benefit. Sebab tu depa ni semua pemalas ... harapkan orang yang bekerja (taxpayers)feed them ...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home