Blessing in disguise
Nok buak guane... lepas ni naiklah harga ikan tongkol (org ganu kate ikan aye).Restoran nasi dagang semakin popular
KUALA TERENGGANU 5 April - Anak-anak pemilik Restoran Mak Ngah Nasi Dagang, Chendering dekat sini, tidak menyangka restoran ibu mereka semakin popular sehingga mereka tidak `menang tangan' untuk melayani pelanggan yang semakin bertambah.
``Ramai pelanggan kami kini membeli dan membungkus nasi dagang untuk diberikan kepada rakan-rakan mereka yang tinggal di luar Terengganu termasuk Putrajaya''.
``Kami tidak sangka, selepas kejadian (kontroversi) itu, semakin ramai orang termasuk dari luar Terengganu mahu datang ke restoran kami,'' kata Zainab Ngah.
Zainab, 44, anak kelima Sapiah Mohamad, 70, atau lebih dikenali sebagai Mak Ngah berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di restorannya di Chendering dekat sini hari ini.
Sebelum itu, para pemberita dan jurugambar berkumpul di restoran itu sejak pukul 8 pagi ini kerana mendapat tahu Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh mahu bersarapan pagi dengan nasi dagang di restoran tersebut.
Bagaimanapun, Idris yang difahamkan kerap mengunjungi restoran itu sebelum ini membatalkan hasratnya kerana terpaksa menghadiri taklimat penting sebelum mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman hari ini.
Sementara itu, Zainab memberitahu seorang pegawai kerajaan dari Putrajaya kelmarin mengunjungi restoran ibunya dan `memborong' sembilan bungkusan besar nasi dagang yang kesemuanya berharga RM90.
``Pelanggan saya itu memberitahu dia mahu membawa pulang nasi-nasi dagang itu dengan kapal terbang dan diberikan kepada rakan-rakannya.
``Selain pegawai kerajaan itu, ramai pelanggan kami kini membeli dan membungkus nasi dagang untuk diberikan kepada rakan-rakan di luar Terengganu.
``Kami tidak sangka pula, selepas kejadian (kontroversi) itu, mak saya semakin dikenali,'' kata Zainab.
Sapiah atau lebih dikenali Mak Ngah, 70, mencetuskan kontroversi apabila menjual kuah nasi dagang kepala ikan tongkol pada harga RM45 kepada Hasbullah Ishak, pada 27 Mac lalu, yang membelinya untuk dibawa pulang kepada isterinya di Putrajaya.
Gara-gara isu kepala ikan itu, Sapiah baru-baru ini dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana tidak meletakkan tanda harga pada kepala ikan tongkol yang dijual.
3 Comments:
aku sokong tuh.
ini menunjukkan yg nasi dagang dh
digemari rmai.aku igt lg ms aku
duk KL,aku trase nk mkn nasik
dagang.aku pon tny r mmb aku situ,
mn kdai ad jual nasi dgg tp jwpn
yg aku trime sguh m'hmpekn sbb bdk
2 x tau cane bntuk nasi dgg..
guane2 pon,moge Trg trus m'bgn.
bereh boh!!!
saya pun suke nasi dagang.. tapi saya lebih gemar dgn nasi kerabu ngan laksam... selera pantai timur rupanya saya nih hehe
aku kalo balik KT selalu makan nasik Dagang kat tempat Kak Pah ... malas nak ke Chendering ... tapi tiap petang misti gi makan kerpok lekor kat Chendering, Gerai 007 ...
Post a Comment
<< Home