Lagi Cerita Pasal Petrol
Nampaknya cerita petrol naik kat Malaysia tak habis lagi. Lepas satu ... satu issue yang timbul. Mula-mula naikkan petrol sampai 30 sen, pengumuman pulak dibuat lambat. Alasannya macam biasa, nak kurangkan subsidi katanya nak jimat duit kerajaan. Mulalah penerangan sana sini dibuat lepas pemimpin sedar rakyat marah dengan kenaikan mendadak. TPM pulak buat kenyataan ubah cara hidup. TPM pulak kena belasah ... katanya orang kaya bolehlah ubah cara hidup, habistu orang miskin yang memang hidup sekadar memenuhi keperluan nak ubah kemende? ubah supaya makan sehari cuma sekali? Bila penerangan sebegitu tak jalan kenalah pulak buat another damage control ... tubuh dana pengangkutan yang bertujuan menaiktaraf sistem pengangkutan awam. Siapa yang benefitted? Orang kampung aku kat Batu Pahat tu benefitted ke? macam mana nak distribute equally to all the affected rakyat? jangan kata org kampung ... ini orang yang duduk bandar besar macam kat KL tu pun ... setakat naik taraf ... tambang pun naik ... dapat ke faedah?Misleading Comparison
Kekadang pelik juga bila compare Malaysia dengan Singapore, UK, Australia in terms of fuel price ni. Kena tengok currency exchange jugak. Australia contohnya petrol prices ranges between $1.11 - $1.30 (extreme situation $1.35). Gaji depa kerja berapa? harga barang pulak berapa? sebungkus spagetti tu baru 49-59sen ... kat malaysia dah 2-3 ringgit. Kat sini fresh grad kerja gaji AUD$2000 (nett after 29% tax), kat Malaysia paling kuat gaji RM2000 (gross before tax, EPF & SOCSO)... RM2000 dapat apa dan AUD2000 dapat apa? boleh ke beli brand new Mazda 6 RM29,000? boleh ke beli brand new Honda Jazz RM15,000? (as Mazda 6 and Honda Jazz cuma AUD29K & AUD15K respectively)kancil pun tak dapat RM15,000. Ekonomi kita perlukan subsidi minyak sebab distribution of taxpayers money masih tak equal. Kita takde agency se efficient Centrelink ... kita cuma ada jabatan kebajikan masyarakat yang hanya menjaga kebajikan "mereka" sahaja. Duit kebajikan bagi "golongan termiskin" cuma berapa RM sebulan ... bayar air busuk SYABAS ngan bill TNB pun dah nak habis, belum lagi sewa rumah, dan barangan keperluan makanan yang semakin naik.
Desparate Damage Control
Terus terang tindakan lewat dan counter measure yang kurang tepat mengeruhkan keadaan. Bila orang dah berpiket depat bangunan kemegahan Malaysia, Petronas Twin Tower barulah nak bagi penerangan. Keluar pulak kenyataan rakyat perlu ubah cara hidup ... Macam aku kata tadi, yang kaya bolehlah ubah cara hidup ... dari kereta Jaguar turun ke Mercedes. Ferrari tukar ke Boxter, tapi bagi yang hidup cukup seadanya ni nak ubah macam mana? Tukar dari naik motor (which is cheaper than public transport)ke naik basikal? yang baju beli kat pasar malam ... ikan kembung beli kat pasar borong Selayang ... nak ubah canno? kutip kapas dari pokok dan buat baju sendiri? pergi tangkap ikan sendiri? Cuba tanya sikit ... berapa gaji kerani kerja kerajaan? lepas ke RM1000.
Tapi betul juga cadangan ubah cara hidup tu. Sebagai individu sebenarnya kita boleh merubah cara hidup kita. Cara paling mudah nak ubah dara hidup ialah berhenti merokok. Aku rasa rata-rata lelaki melayu dewasa di Malaysia tak kira berpendapatan tinggi atau rendah hisap rokok. Kalau tak 80% mungkin 70% merokok. Kepada yang merokok tu renti-rentikanlah merokok. Sekotak yang 20 batang last sekali aku tahu RM6 ... katakanlah 2 hari sekotak, sebulan dah 15 kotak, secara matematiknya dah RM90 sebulan jimat. Kenaikan petrol 30 sen selitre jadi kos rokok tu dah boleh tampung untuk kenaikan bagi 300 liter petrol. Ada ke sebulan pakai 300 liter petrol? itu kalau 2 hari sekotak .... kalau sekotak sehari? sebulan dah jimat RM180 = menampung kenaikan bagi 600 liter petrol. Selain jimat ... badan pun semakin sihat.
Cuma aku kesal kenapa pemimpin tak fikir ke kenaikan petrol akan menyebabkan kenaikan berganda (multiplier effect), takkan takde economist yang mampu nak bagi nasihat ... atau dah tak perlu nasihat economist? Nak paksa peniaga kekal harga? apa nak meniaga kalau tak balik modal? Bila barang makin mahal, rakyat semakin berjimat, domestic consumption menurun, GDP menurun ... akibatnya inflation plus recession equal to economic turmoil. Aduhlah .... tak tahu macam mana nak kata.
Bila tak jalan sesi penerangan tubuhkan tabung amanah untuk sistem pengangkutan RM4.4billion ... sapa yang nak pakai? sapa yang dapat faedah? Kalau duit tu betul-betul untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam baguslah .. tapi jangan nanti mula dengar cerita projek yang bukan2 yang menelan belanja yang merapu. Ingat lagi projek elevated highway? berapa punya tinggi kos dia? sedar2 tak sampai berapa tahun dah retak ... lepas tu cerita tu terus senyap ... tunggu surat khabar buat pendedahan exclusive dulu kot baru nak betulkan.
Mana R&D?
Minggu lepas aku tengok satu rencana kat channel SBS, macam mana Brazil berjaya melepaskan diri dari penggantungan terhadap petrol & diesel sebagai bahan bakar. Mereka switch to penggunaan Ethanol yang dihasilkan daripada Tebu!!! (Tebu dulu masa aku kecik2 kat kampung tu orang buat tak pandang aje). Oklah depa pengeluar tebu/gula terbesar dunia ... kenapa kita tak ikut contoh mereka ... gunakan sumber yang ada ... daripada semakin ramai rakyat kena diabetes akibat makan banyak gula baik gula tu buat ethanol ... bergerak gak kereta. Kita dulu ada R&D pasal Minyak sawit sebagai bahan bakar ... berjaya, tapi kenapa tak terus dimajukan ... kenapa tak di galakkan dari dulu? Kan ke bagus kalau dapat dimajukan ... boleh export lagik ... sapa yang untung ... petani kelapa sawit untung, rakyat untung, kerajaan pun untung sebab boleh export. alternative bahan bakar lain macam gas asli pun boleh digalakkan. Australia contohnya, mereka menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan bakar kenderaan kerana environmental friendly dan reserve dia masih banyak ... murah pulak tu. Tapi aku cukup berkenan denan Brazil yang memajukan penggunaan ethanol sebagai bahan bakar kenderaan ... rayatnya bangga menggunakan ethanol ... rakyat kita nak bangga dengan apa?
Fixed Price vs managed Flexi Price
Mana bagus? rasanya managed flexi lagi bagus, sebab bila oil price dunia naik harga runcit bahan bakat tu pun naik ... bila world oil price turun , retail price bahan bakar tu pu turun jugak. Bagilah sikit subsidy ... kalau tak nak gak bagi subsidy kena letak minimum wage rate macam Australia dan UK.
Pengantungan terhadap bahan api fossil
Entahlah aku pun tak tahu apa nak jadi ... selagi kita bergantung pada this fossil energy selagi tulah kita punya economy vulnerable. Currency kita tak kuat... susah tu. Lagi satu, janganlah naik mendadak macam ni ... tahulah masyarakat Malaysia ni... kalau naik sikit2 depa takdelah bising sangat .. tapi kalau dah naik melampau2 sendiri mahu ingatlah.
Perancang dan perlaksanaan
Lagi satu yang aku perhatikan, Malaysia ni banyak rancangan pembangunan dan penambahbaikan yang dirancang bertaraf AAA rating, tapi kenapa perlaksanaan nya tak pernah mencapai matlamat asal? Kenapa agaknya? fikir-fikirkanlah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home