Monday, August 21, 2006

Beriyani Gam dan Solat Jumaat

hehehehehe tajuk entry dah macam movie punye tajuk ... gol dan gincu (don't ask me about this moveie ... aku tak pernah tengok pun hehehehe). Sebenarnya aku nak cerita jumaat haritu aku sebelum solat jumaat aku makan beriyani gam kat JKR. dah lama tak makan, jadik aku pun order beriyani gam dengan ayam kampung ... dush kena RM5.50. hehehehe meningkat jugak harga makanan sekarang ni. Inilah hasil daripada pembangunan ala2 graduan Oxford ... nasib baik gaji dah naik kalau tidak mahu on diet aku. Tapi sekarang ni aku lunch time pun tak makan sebab pergi Gym ... bukan apa, selain economical ianya jgak dapat meleperkan perut aku yang semakin membuntal ni. Inilah gara2 tak exercise sepanjang aku kat Aussie.
Cerita pasal beriyani gam ni ... memang tak dapat nak dielak lepas makan mata terus jadik kuyu ... sampai khutbah pun terpaksa menongkat mata. Nasib baik aku tak tertidur macam org kat sebelah aku sampai siap berdengkur kroh kroh kroh ... hehehehehe dahlah tak dengar khutbah, orang lain nak dengar khutbah pun dia ganggu paksa dengar dengkur dia. Hey! nak tidor balik rumahlah! itulah dia sikap kita, jangankan dengar khutbah ... ada yang tengah meeting hal negara pun belasah tidor hehehehehe. kenapa ek? adakah kerana pemakanan atau kerana sikap? susah jugak nak pastikan, kena tanya dia apa dia makan for lunch, and pukul berapa dia tidor. Adakah lambat tidor sebab layan Astro? atau sebab makanan yang melalokkan? hehehehe susah beb!
Khutbah hari ni cerita pasal kisah israk mikraj, dan diselit dengan kekejaman Israel. Nothing new about this topic tapi bagus jugak sebagai peringatan kepada orang melayu yang mudah lupa ni, but the approach is a bit dull & boring. Yelah kalau nak dibandingkan dengan khutbah Syeikh Abdul Rahman di Wollongong memang Syeikh Abdul Rahman punye lagi best. Tapi kena jugak kita fikir the reason behind it. Kat Malaysia semua khutbah kena seragam dan approved by authority, unlike in Wollongong. Tapi kalau rajin datanglah tazkirah before khutbah tu, but .... berapa ramai yg ada? seronok lagi borak kat luar masjid sambil pekena cendol! hehehehehe cendol yang dipilih, sedangkan kalau datang awal sebelum khutbah mula tu boleh dapat unta, tak pun lembu, tak pun kambing. tapi sebab semua reward tu tak nampak maka orang memilih untuk menikmati cendol! cendol pun cendol lah janji semayang jumaat.
oklah aku nak buat kerja ... kang aku pulak kena bambu tak siapkan kerja .... selamat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home