Thursday, March 31, 2005

Dah Start Sejuk

For the past few weeks Wollongong dah start sejuk (autumn weather). Walaupun tak sesejuk UK, tapi rumah di OZ ni takde centralised heating macam kat UK. So, sejuklah dalam rumah. Nak pasang heater takut bill electric melambung, tapi pakai jugaklah sikit2. Kalau kat UK dulu paling elak pakai blower heater, tapi kat sini itulah yang terbaik sebab cepat panas.
Sekarang ni semakin sibuk sebab banyak report & assignment due beginning and end of next week. Family pun dah ok sekarang, budak2 dah dapat sesuikan diri dengan keadaan rumah yang jauh lebih kecik daripada rumah kat mesia. A few e-mails aku received from BNM staff tanya pasal UOW & Master of Forensic Accounting ni. Lucky them sebab aku dah ada kat sini, boleh aku inform them what is MFA, the Uni & keadaan kat sini. Macam aku dulu semua sendiri carik jalan. Tapi satu aje aku pelik, takde pun staff dari department aku yang tanya. Yang tanya dari department lain .... come on guys sementara aku ada kat sini ni baik apply, at least aku boleh tolong apa yang patut for you to settle down. Tidak nanti macam aku ..... For those yg apply tu make sure you book early for Uni's accommodation (mintak graduate house). Macam aku dulu mintak 3 months before pun aku tak dapat. Advantage graduate house ni, all bills except phone are covered. Lepas tu rumah fully funished, lepas tu betul2 depan entrance uni. Macam aku ni, private accommodation, dahlah mahal, electricitiy and other bills bayar sendiri. Lepas tu unfurnished .... so semua kena beli sendiri, dari katil, almari, meja study, meja makan, washing machine, fridge etc. Memang masa masuk ni rumah memang kosong habis!!!!!!!!!!! Nasib baik ada alaun perpindahan BNM bagi. Itupun tak cukup, so terpakai jugaklah elaun sara hidup. KAt sini bukan tak boleh nak buat part time, tapi aku nak concentrate study nak dapat HD (85%) or at least distinction (75%). Kalau tak sia-sia sacrifice masa dan hidup selesa kat Malaysia. Oklah aku rasa setakat ni dulu, sebab aku nak siapkan assignment aku ni. Bila aku dah submit assignmets aku nanti aku write lagi. Bye

P/S: Benally!!!! Hang tak mintak scholarship ka tahun ni? Mai lah sini babe !!!!!!!!!

Sunday, March 13, 2005

Struggling here!!!!!

Lama dah aku tak update blogs aku ni. Bukan tak ada cerita, cuma tak ada masa. Sekarang ni tengah struggle nak siapkan aku punya assignment & case study report yang due this friday dan presentation slide untuk seminar this coming Friday - Sunday. Aku kena buat presentation on Saturday 19th March 2005. Aku kena buat presentation on the red flags and the consequences of ignoring the red flag. Khamis ni dah ada test .... 20% tuh. Hehehehe takpelah ... mula2 tu masa nak start engine memang momentum '0' ... tapi bila dah masuk 1, 2 minggu kira dah dapat lah sedikit momentum. Pagi sampai petang dok library .... walaupun takde kelas everyday, tapi kalau duduk rumah memang tak dapat nak study .... budak2 ni kalau aku ada kat rumah mulalah nak bermanja. Jadi as a solution everyday aku pergi Uni. Kalau tak ada kelas /consultation aku lepak kat library .... ada special room for postgraduate ... senang sikit nak belajar ... ada PC dan internet connection sekali. Tapi sekarang ni hidup aku takdelah bosan lagi sebab family aku dah ada kat sini. Alhamdulillah budak2 ni pun dah start to settle down. Danish dah mula berkawan dengan anak jiran sebelah rumah ... walaupun diaorg bercakap macam ayam bercakap dengan itik .... Firas pulak nampaknya rashes kat muka dan leher dia dah tak ada lagi .... kalau kat mesia tu sentiasa merah muka dan leher dia .... kat sini dah ok dah. Itu ajelah cerita terbaru. Tak sempat lagi nak bawak diaor pegi jalan2. Belum ada kesempatan lagi. Semalam, hari Sabtu ada BBQ for Malaysian Student Association kat Stuart Park .... sebelah North Beach. Kat sini mengikut sepatutnya dah masuk Autumn, temperature still tinggi lagi between 17 to 26 degree. oklah setakat ni dulu be

Friday, March 04, 2005

Hari-hari sebagai student

Masuk minggu ni dah minggu ke -3 aku dekat Uni. Dah 2 minggu belajar sepenuh masa. Tak sempat nak update apa yang berlaku, lagipun tak banyak cerita yang interesting untuk diceritakan. Banyak assignment nak kena buat, reading material macam buku, journal, decided fraud cases, article on corporation yang colapse nak kena baca ....hidup bertapa depan notebook dan library. Most of the journal available electronically and some printed copy. Dua-dua mendatangkan masalah sebab kos fotostat dan printing 11 sen sekeping.... takde istilah free printing kat sini. Just imagine kalau satu article tu on average 60 - 90 pages, kalau nak print kali ajeklah dengan 11 sen sekeping, kalau yang printed copy lak nak fotostat pun sekeping 11 sen (33 sen duit mesia).... bukan satu article ..... 3 learning subject setiap minggu berderet article nak kena baca... at least 5 article persubject ..... belum lagi text book and other reference book. Last2 duduk ajeklah depan PC/library baca article dan salin notes .... muahahahaha jimat duit aku. Balik rumah malam dah flat .... pancit gila, mata pun pedih semacam. Memang berbeza dengan cara belajar buat degree dulu. Assessment pulak banyak penilaian dari segi critical knowledge & ideas ..... dan 'critique' yang mampu diberikan oleh student dalam research, bukan main cedok2 ajek. Ni tengah pening pasal nak kena buat presentation during SEMINAR ..... 19th March ada satu, 9th April ada satu, 24th April ade lagi satu .... kalau dulu presentation cakap omputeh berterabur depan org melayu ok lagik ... ini kena buat depan omputeh sendiri .... akulah satu2nya MALAY dan MALAYSIAN!!!!!!!!!!!!!!! takkan nak cakap campur kot muahahahahaha kang tak pasal2 mat2 dan minah saleh ni pandai cakap melayu..... pagini aku pegi sekolah bawak nasik goreng ... makan sebelum semayang jumaat .... lepas tu balik sekolah balik. Balik sekolah pegi beli ayam 2 ekor, minced meat setengah kilo, sosej 6 ketul $20. Kena prepare sebab hari Ahad ni wife dan anak2 aku akan datang.... kena ambik kat Sydney Airport. Lega sikit .... taklah boring sangat kat sini. Bukan apa rumah aku ni jauh daripada kawasan orang melayu ..... hehehe sebab murah dan dekat ngan town ... tapi jauh dari Uni. oklah aku dah penat dah nak relax jap tengok TV .... malam ni malas nak masak sebab tadi beli kebab ....makan tak habis ...... jumpa lagi.

cheers mate