Macam-macam cerita
Hari ni aku ada macam-macam cerita, sampai aku tak tahu nak letak tajuk apa. Dari cerita Michelle Leslie, Scappel Corby, Khutbah Jumaat sampailah ke kisah Mawi (yang ni saje nak naikkan rating blogs) semua aku tertarik.Mula mula nak cerita pasal Michelle Leslie yang kena tangkap di Bali memiliki Ecstacy. Macam2 kecelaruan kes ini timbul, bila model yang juga kekasih anak seorang billionaire. Selepas dikaitkan dengan anak senior minister Indonesia, tetiba aje tuduhan memiliki dadah yang membawa hukuman penjara 15 tahun digugurkan dan di tukar kepada kesalahan menyalahgunakan dadah yang membawa hukuman penjara 3 bulan. Harini bila pertuduhan dibaca, dan dia mengaku bersalah ... within a few hours she walks free. Lain ceritanya dengan Scappell Corby, daripada kemungkinan hukuman mati, tetiba aje pendakwaraya meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ... Selepas rayuan dibuat, hukuman dikurangkan kepada 15 tahun. Pelbagai persoalan yang timbul termasuk pengaruh kerajaan Australia terhadap Indonesia. Barulah aku sedar kenapa DR.M dan kerajaan Malaysia selama ini sering bertelagah dengan pemimpin Australia, mungkin inilah yang pemimpin kita mahu elakkan. Dulu langsung tak ambik kesah hal politik dunia, tapi bila dah melihat sendri baru terfikir.
Lain pulaknya di Malaysia, dikala orang bertelagah untuk mengekalkan kedaulatan tanah air seperti di Palestine, Iraq, Iran ... di Malaysia orang melayu bertelagah untuk menegakkan sapa yang betul dan sapa yang tidak betul, bukan dalam politik ... dalam dunia hiburan! Memang dalam politik kita tahu silap sikit teruk kena fire ... ini sampai dunia hiburan pun jadik perkara yang sama. Sedih dan kecewa dengan mentaliti anak melayu kita. Aku tak ada hak nak komen, sebab itu hak masing-masing. Cuma berpesan jangan sampai satu hari nanti bangsa lain mentertawakan kita dan kita masih lagi di lamun angan-angan. Tidak salah berhibur, asalkan tidak mengkhayalkan ... tapi kalau dah ke tahap taksub .... hmmm no comment.
Masuk pulak cerita khutbah Jumaat hari ini di Omar Mosque. Topic hari ini berkisarkan tentang perpaduan umat islam tanpa mengira mazhab, pegangan (sunni atau shi'it) semuanya perlu bersatu. Banyak yang diperkatakan tentang perpaduan dan toleransi. Seperti biasa imam berkata kita perlu matang dan berhati-hati serta lebih berhemah terutamanya hidup di negara yang bukan majoriti penduduknya adalah Islam. Kita tak perlu terlalu rigid denan mazhab yang kita pilih kerana kita hidup berpandukan Alquran dan Alhadith. semua pandangan imam Mazhab boleh diterima pakai, dan kita boleh pilih mana yang paling sahih yang disokong oleh Alquran dan Alhadith... bukan paling ringan atau terlalu mengikut panduan satu2 mazhab. Pandangan imam mazhab hanya dijadikan satu panduan, dan lebih merupakan persoalan ranting. Aku tak nak bagi komen takut salah sebab ilmu agama aku tak mencapai ke tahap itu lagi. Tapi aku hanya menulis berdasarkan apa yang aku dengar dan yang aku paham. Dulu aku pernah belajar di sekolah agama, bahawa Taklid itu amat bahaya. Taklid ni mengikut kata orang tanpa usul periksa (lebih kurang macam tulah maksud dia). Gitulah tapi the gist of the khutbah harini tentang pentingnya perpaduan umat Islam tanpa mengira mazhab. Imam ada bercerita tentang pentingnya perpaduan dan ukhwah ini di mana mengekalkan perpaduan adalah kewajipan setiap umat islam. Ada seorang muslim datang pada imam dan bertanya, dalam satu mazhab sembahyang tarawikh cuma 8 rakaat (disokong dengan riwayat sahabat) dan ada mazhab yang lain 20 rakaat, jadi kalau diberi pilihan mana satu dia patut terima keran aberlaku pertelagahan pendapat? Imam jawab balik rumah dan tidur, kerana mengekalkan perpaduan itu fardhu, dan tarawikh itu sunnah. Jadi kalau timbul perbalahan tentang bende sunnah dan merosakkan kewajipan... apa gunanya. Kesimpulan di sini mengekalkan perpaduan itu amat penting. Penyelesaian nya kedua-duanya boleh diterima pakai.
Jadi pada yang berbalah dengan perkara remeh dan keduniaan tu cepat2lah tersedar, dan hiduplah dengan aman dan damai.
wassalam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home