Khutbah Jumaat & Docementary Tentang Islam
Semalam dalam khutbah Jumaat di Omar Mosque, Gwynneville, imam telah mengingatkan semua muslim agar lebih berhati2 dan menjaga dengan komen dan tingkah laku terutamanya berhubung dengan social life di Australia. Memandangkan Australia adalah negara bukan Islam yang mana golongan Islam hanyalah minority, maka segala tindak tanduk perlulah di jaga. Menurut beliau memang dalam islam kita perlu menegur perkara mungkar, tetapi harus diingat, sebelum memberikan sebarang teguran atau komen terbuka fikirkan dulu keburukan yan akan timbul. Sekiranya keburukan melebihi kebaikan, baiklah senyap. Beliau juga mengingatkan komen Tony Costello (Australian Treasurer) yang mengatakan Australian tidak mahu muslim mengubah cara hidup mereka, dan jika muslim tidak suka dengan cara hidup Australian mereka boleh meninggalkan Ausralia dan balik ke negara masing-masing. Agak keras kata-kata ini, tapi masih lagi berlapik ... imam memesan supaya berhati2 kerana Australia masih lagi memberi kebebasan beragama kepada muslim lebih daripada kebebasan yang beliau kecapi di negaranya sendiri. Jangan sampai kebebasan yang dikecapi ditarik balik. Ini berhubung dengan akta baru yang telah diperkenalkan olah Australia. Sehingga hari ini 18 orang telah ditangkap di Australia di bawah akta anti terrorist yang baru diperkenalkan. 3 daripada 18 muslim yang ditangkap pernah menimbulkan kontroversi di media Australia. Seorang menyatakan sokongan terbuka terhadap Osama bin Laden dan 2 lagi mengkritik budaya dan gaya hidup golongan remaja Australia dan bertegas tidak mahu mengikut budaya mereka.Beliau juga mengutuk dan menyatakan serangan bomb terhadap orang awam yang tidak bersalah adalah salah di sisi agama, dan bukan mencerminkan nilai islam sebenar.
Semalam juga ada satu documentary bertajuk 30 days. Documentary ni tentang seorang pengikut kuat ajaran kristian yang menerima cabaran untuk tinggal dalam keluarga islam dan mengamalkan cara hidup islam selama 30 hari. Dalam temuramah awal bila ditanya tentang pre-conception beliau terhadap Muslim, beliau menyatakan 3 perkara: September 11, Terrorist, dan AK-47!. BEgitu buruk pandanan orang yang tidak tahu tentang Islam. Bukan setakat beliau, rata2 orang awam yang ditemuramah menyatakan sedemikian. Tapi setelah beliau mengalami cara hidup Islam selama 30 hari dan memahami Islam dan kerukunan hidup masyarakat Islam segala tanggapan buruk terpadam. Beliau kagum dengan disiplin muslim di amerika yang bersembahyang 5 kali sehari seawal 5 pagi, dan kagum dengan ibadah sembahyang. Beliau mempelajari cara sembahyang, dan cuba memahami pengertian dan maksud bacaan dalam sembahyang. Banyak lagi sebenarnya yang diceritakan dalam documentary selama sejam itu. Pada akhirnya, beliau tidak lagi menganggap muslim itu adalah terrorist, dan beliau berkata yang beliau akan membantu muslim mengubah persepsi masyarakat barat tentang Islam. Beliau sempat menyatakan, jika ada 500 terrorist dikalangan 2.5 billion muslim di dunia, adalah tidak adil untuk melabelkan muslim sebagai terrorist. Tapi itulah hakikat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home