19th to 24th Morning .....
Hahahahaha ada sedikit kelainan tajuk posting kali ni. Kata orang tu nak keluar dari kepompong asal ... out of normal kalau nak lagi extreme supernormal. Kali ni nak tukar approach sikit sebab for the past few days ni tak posting ... bukan ape takde mood sebab nak menunggu result keluar. At last ... tadi pagi2 morning aku dah access SOLS (Student online system). Sebelum aku cerita pasal result aku rasa aku nak cerita apa yang berlaku sepanjang minngu ni bermula dengan :-Sabtu, 19th November 2005
Hari Sabtu lepas aku dan wife aku telah bertungkus lumus menjayakan open house kami yang pertama di Australia. Perancangan asal nak masak nasi baryani, bubur lambuk, dan soto, tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan seperti kekurangan rempah ratus, menu terpaksa ditukar kepada nasi ayam, mi bandung dan bubur lambuk sebagai dessert. Pagi2 bangun potong2 bawang dan cili mana yang patut. lepas tu relax sekejap sebab tak ada ayam nak masak. Pukul 9 pagi aku call Abdul the buthcer untuk order ayam & daging. Aku order 5 ekor ayam, 2 kilo tigh filet dan sekilo mince beef. Aku janji nak ambik pukul 10 pagi. Sementara menunggu nak pick up ayam & daging tu aku sempat basuh dan sidai baju. lebih kurang pukul 10 aku sekeluarga pergilah ke kedai Abdul untuk ambil ayam & daging. Lepas tu sempat lagik pegi ke Kmart & Woolies beli barang mana yang patut. Lepas tu pergi rumah Hasri pinjam periuk nasi dan additional periuk besar, semalam dah pinjam dah dari Hasri & Azdie tapi bile check2 tak cukup.Balik rumah dah lebih pukul 11, relax sekejap lebih kurang kol 12 lebih baru start masak. Aku masak bubur lambuk ala OZ (mana cukup bahan macam bubur lambuk Kg Baru) & Mee Bandung & Nosy punya tugas masak nasik ayam. Lebih kurang pukul 4 ptg siaplah semuanya dimasak. Rumah kena vacum balik sebab dah bersepah dikerjakan budak 2 orang tuh ... selesai aje vacum orang dah mula datang, sebab memang purposely invite orang datang pukul 5, kira dinner mat salleh lah ni. Alhamdulillah laku jugak masakan kami ... tak tahulah sebab sedap ke atau sebab depa dah lapar hehehehehe.
Ahad, 20th November 2005
Tak banyak dibuat hari Ahad ni sebab kepenatan semalam. Bangun tidur baru terasa sakit badan. Berehat aje the whole day. Cuma sebelah petang aje pergi ke rumah Kauther (another post grad)for her open house. She cooked spaghetti (betul ke ejaan ni hahahahaha)dengan roti cicah kari. Tapi ada macam2 dessert termasuk buah melaka, puding roti & chocolate cake. Lepas Maghrib & lepas final Australian Idols baru balik. Sambil2 tu pulangkan periuk belanga yang dipinjam dari Azdie & Hasri.
Isnin, 21st November 2005
Hari ni Danish pergi pre-school, tinggal aku ngan Firas aje kat rumah. Tak banyak yang dibuat melainkan melayan si firas yang semakin naughty dan kuat menyepah. naik lemas aku melayan dia. tka de apa yang menarik harini. lupa pulak apa news kat newspaper yg aku baca. nak komen pun takde mood sebab tunggu result.
Selasa, 22nd November 2005
Harini both Danish & Firas pergi Kids Uni (childcare). So harini aku ada masa banyak terluang, dan aku penuhi masa aku dengan apply kerja untuk aku dan jugak wife aku sekali. Contract dia dah nak expire soon, so kena start cari dari sekarang. Banyak gak yang aku apply utk aku sendiri. Aku terima satu Phone calls dari Hays agency dia kata position y aku apply tu dah being filled, tapi dia akan contact aku bila ada similar kind of position. Yang lain tu hampeh .... ada yang reply thru email aje kata tak sesuai ... ade tu tak reply langsung ... hampeh!!!
Rabu, 23rd November 2005
Aku ingat harini result keluar ... punyalah beria login kat SOLS .. tengok2 esok laaa... hampeh! Harini Kedua2 askar aku ada kat rumah membuat sepah dan kecah di rumah. Habis rumah jadik macam reban ayam ... bersepah!!! Harini Doug Meredith, classmate aku yg juga Partner Forensic BDO Sydney email aku, tanya aku nak join audit/consulting dept tak? aku pun apa lagun .... orang mengantuk disorong air milo ... makin ngantuklah ... hahahahaha. Aku kata I'm willing to to give it a try, maybe to gain local experience first, and kalau BDO Forensic ada opening boleh mintak transfer terus hahahaha aku ni memang muka tak malu. At least aku nak mintak depa sponsor visa 457, jadik takyah guna student visa, leceh student visa ni.
Khamis, 24th November 2005Macam aku cerita tadi pagi2 pukul 5.15 am aku dah check result aku. Keputusan takdelah terlalu cemerlang, cuma 2 distinction dan 1 credit. sikit2 lagi nak dapat 1 HD dan 2 D, kurang 2/3 markah aje. Siut betullah .... takpe ... overall grade still lagi Distinction. Hopefully the last 2 project paper tak drop jauh or hopefully can maintain at the current level.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home