Stripsquat.... hmmmm .....
Sepanjang 2 minggu ni macam-macam cerita pasal lokap polis dan strip search. Memang itulah sebenarnya amalan polis sebelum seseorang pesalah dimasukkan ke lokap. Public in Malaysia semuanya semacam tersentak dengan berita ini, tapi itulah reality sebenarnya. Opposition leader macam Theresa Kok, Lim Kit Siang dan independent political blogger like Jeff Ooi , Mack Zulkifli dan Politic 101 betul-betul menghentam polis. Terlalu panjang nak menghuraikan apa yang mereka komen, tapi rata-rata memang mempertikaikan tindakan polis dalam hal ini. Malah klip tersebut dipaparkan secara terbuka di blog politik 101. The heated arguments bukan saja heboh diperbincangkan di Malaysia, malah menarik minat BBC dan juga media australia. Jeff Ooi menyamakan kes ini sebagai selari dengan kes penderaan di penjara Abu Gharib. Inilah senarionya.Bermula dengan kisah 4 Chinese National yang membuat sidang akhbar berkenaan kisah mereka di tahan pada 4 November dan tingkah laku polis membogelkan mereka, yang polis lelaki mengendap mereka wang dan pakaian berjenama dicuri, terus merebak ke pendedahan klip stripsquat dan terbaru berita dari Fu Jian, China yang mendakwa mereka juga pernah didera. Kes ini sebenarnya saling tak tumpah macam kes Ah Loong (ceti haram). Orang pinjam Ah Loong tanpa cagaran, lepas tu tak nak bayar. Bila kena harass mula jumpa Micheal Chong buat press conference. Sampai ada ke tu rupanya memang kerja dia meminjam ngan Ah Long untuk berjudi .... salahkah Ah Loong nak dapatkan balik duit mereka? Samalah macam kes ini, berapa ramai kita tengok pelacur dari tanah besar. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, dan kerana kebanjiran pelacur dari tanah besar inilah juga persepsi pihak berkuasa terhadap mereka menjadi kabur. Timbul soal profiling yang menyatakan semua pelancong dari tanah besar datang untuk berniat jahat ...sehingga keluar kenyataan menteri yang 50,000 pelancong tanah besar hilang di Malaysia. Ini sudah jadi red flag! Jadi semacam satu phobia bila pihak berkuasa terjumpa mereka ... memang tak boleh elak punya mesti datang profiling yang lahir dari persepsi sempit.
Tapi kita kena fikir rasional stripsquat ni dilakukan. Tujuannya supaya suspect tak tak bawak bahan merbahaya ke dalam lokap yang membahayakan dirinya dan orang lain kedalam tempat yang terlalu sesak. Ia juga satu cara untuk membuat search tanpa perlu meraba badan suspect. Itu yang cuba diperjelaskan oleg Deputy IGP, Datuk Seri Musa Hassan. PM & DPM memang mengarahkan supaya siasatan penuh dan terperinci dilakukan, tapi tak pula memberi arahan supaya polis wanita tersebut di kenakan tindakan, kecuali jika dia terbukti bersalah. Mungkin setiap orang mempunyai pendapat berbeza, tapi DIG memang heavily criticised by all the political blogger. Walaupun begitu, tindakan pihak polis menjalankan stripsquat itu patut dipertikaikan kerana ianya dilakukan ditempat yang agak "terbuka". Hmmm ... not to comment so much on this tho... kenalah sediakan balai polis yang memenuhi kehendak semasa jugak. IPD Petaling Jaya telah dikenalpasti sebagai tempat berlakunya peristiwa yang dirakam, dan anggota yang merakam juga telah dikenal pasti. Entahlah kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan polis.
Insiden ini memang memalukan negara atas tindakan polis yang dirakam, sehingga membawa kepada kenyataan PM yang Malaysia sedia minta maaf sekiranya penduduk tanah besar being mistreated by our enforcement agencies. PM juga telah mengumumkan satu independent enquiry dibuat terhadap kes ini. Bukan tak percaya polis, tapi kenalah faham skop siasatan berbeza. Independent enquiry bukan untuk pendakwaan tapi mencari sebab sesuatu permasalah itu timbul dan lebih luas skop siasatan, bukan seperti siastan polis yang melibatkan CPC & Penal Code.
Berita terbaru pulak diterima hari ini bila Datuk Timbalan Menteri bagi quite a damaging statement I believe. Not to comment on this also ...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home