sampoy's blog
Wednesday, January 18, 2006
Monday, January 16, 2006
Layaaannnn .....
Sekarang ni free channel TV kalau tak tunjuk kricket, tennis ... kalau test kricket tu satu game lenjan sampai 5 hari dari pagi santak ke Maghrib, kalau Tennis ni sebab ada Australian Open sepanjan hari tunjuk tennis. Agaknya ginilah gaya hidup ramai rakyat Australia yang unemployed ni ... duduk rumah terkangkang depan TV. Lepas ni ada pulak sukan komanwel, lepas tu tunggu northern hemisphere summer untuk test match dengan England, the Ashes ... sementara nak tunggu England summer dia main lak tri nation series dengan Pakistan & India ... stadium pulak penuh aje walaupun hari bekerja ... itu dah tunjuk berapa ramai rakyat mereka yang tak bekerja, hidup bergantung pada unemployment benefit. Macam-macam allowance ada, sampaikan kalau kerja dengan gaji below AUD15 sejam baik duduk rumah & terima allowance 2 minggu sekali di Centrelink.Malang bagi non-resident. Childcare untuk anak mahal melampau sehingga ada yang menjejak AUD110 sehari!!!! Kalau aku hantar anak aku ke nursery kat JKR tu pun baru RM230 sebulan ... ini sehari lagi mahal dari kos nursery sebulan kat Malaysia. Unless kalau ada PR, ada diskaun sikit, dapatlah reduced fees jadik about AUD30++ sehari. Mana tak pening kepala nak tanggung diaorg punya school fees. Tak hantar kesian pulak kat diaorg, takpelah ... itu baru cerita pasal early education fees, kalau dah start official schooling pulak untuk public school dah kena AUD5500 perannum, dan kalau nak kelas sikit bolehlah hantar ke private school yang mencecah AUD20,000 ++ perannum!!! hahahaha sapa rasa kaya hantarlah anak ke private school. Sini takde MRSM, SMS etc. Kalau nak anak belajar dekat quality school hantarlah ke private school, otherwise pergilah ke public school yang homeworknya saban hari hanya a piece of paper! Uni pulak cuma perlu bayar registration fees.
Itulah dia, bila di fikirkan rasa bertuahnya jadi rakyat Malaysia yang dapat banyak kemudahan belajar. Aku ni contohnya, dari Form 4 sampai habis Degree MARA yang sponsor, habis belajar dia convert pulak loan aku jadik scholarship. Rezeki murah, alhamdulillah, tak sampai 5 tahun kerja dapat pulak scholarship utk buat Masters. Aku tak boleh bayangkan keadaan aku sekarang tanpa scholarship. Anak penoreh getah yang berpendapatan tak menentu bergantung pada cuaca, hujan atau tidak ... tak pernah makan KFC sehingga tingkatan 2, tak pernah makan Pizza Hut sehingga tingkatan 4, tak pernah makan McDonald sehingga lepas SPM!!! hahahhaha apa kan lagi tengok wayang di panggung wayang. Adalah tengok wayang di padang sekolah dan konsert Pentarama juga di padang sekolah. Pagi pungut getah beku, petang ke sekolah, masuk kelas masih melekat bau getah beku. Masih aku ingat member datang rumah bagitahu aku result SRP sebab aku lambat pergi sekolah tolong emak pungut getah beku. Pun begitu still aku masih mampu jadik best student sekolah aku ... Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku, dan aku harap aku takkan lupa. Masih aku ingat, waktu cuti sekolah kawan2 pergi bercuti dan berjalan-jalan, tapi aku bila cuti sekolah aku bekerja. Lepas SRP aku kerja di kedai makan dengan gaji RM5 sehari, kerja dari 7 pagi santak sampai ke 11 malam. Cuti form 4 lagi sekali aku kerja kedai makan, tapi gaji dah naik sikit RM10... lepas SPM macam2 kerja aku buat. Aku pernah kerja kilang, aku pernah kerja di Parkson Grand. Lepas A-Level aku sempat kerja di McDonald. Kadang-kadang sedih jugak sebab masa aku kat sekolah di kampung, kawan2 pergi sekolah naik bas dan ada yang naik motor secara illegal, tapi aku tetap mengayuh basikal ke sekolah yang jaraknya sejauh hampir 10km sehari berbekal duit 50 sen dan nasi berlauk telur. Tapi aku tak mengeluh sebab kakak-kakak aku pun menerima nasib yang sama ... malahan lebih perit dari yang aku rasa. Aku rasa mungkin cabaran aku ni yang membuatkan aku lebih tabah dan berani ... sehingga kadang2 terlalu berani yang menyebabkan aku pernah tersisih pada pandangan pengurusan department aku ... aku outspoken sangat kot...
Friday, January 13, 2006
Glow in the dark
Hei geli aku tengok Win News pukul 10.30 am tadi .... Scientist Taiwan berjaya menghasilkan Genetic Engineered Pig yang dagingnya berwarna flourescent (betul ke ejaan ni?) yang glow in the dark!!!! eloklah tu ... kang berkilau cacing pita dalam badan tu baru padan ngan muka .....p/s: Agak2 kalau ada daging ayam yang glow in the dark tertelan ke kita ek?
Thursday, January 12, 2006
Kraft Anyone?
Pernah dengar brand Kraft? banyak barangan makanan brand kraft ni termasuklah cheese, biskut, yogurt dan macam2 lagi makanan yang selalu ada aku jumpa kat either Woolies or Coles. Rasanya kat Giant Hypermarket, Tesco & Carefour kat Malaysia pun ada banyak barangan brand ni. Isu hari ini bukan isu makanan ... tapi isu keperihatinan.Pagi tadi aku bangun tidur, tengok rancangan ala2 Selamat Pagi Malaysia kat sini ... about pukul 6.30 am. Isu yang di bincangkan adalah sama ada rakyat Australia perlu memboikot product Kraft kerana menutup kilang mereka di Victoria yang menyebabkan ribuan hilang pekerjaan... lay off. Wow! itulah dia ... aku tak tahu sama ada mereka tak ada isu yang nak diketengahkan, atau itu menunjukkan mereka perihatin ... sebab kalau kat Malaysia company besar tutup kilang ... semua orang kata lantaklah... sebab yang terjejas bukan orang penting ... tapi orang miskin!!!! ingat apa yang berlaku pasal seorang consultant yang terbunuh bila dinding konkrit jatuh kat Plaza Damas? Cuba yang kena tu bukan big shot yang rapat dengan politician macam dia ... katakan seorang executive cabuk di sebuah syarikat swasta atau kerani di jabatan kerajaan ... adakah ianya akan menjadi isu hangat sehangat isu ini sekarang? paling kuat keluar Metro, tak pun Berita Harian or Utusan Malaysia di muka surat 3 ... itupun mujur.
Yang jadi persoalan dalam kepala aku sekarang ialah adakah masyarakat di Malaysia kurang perihatin berbanding masyarakat di Australia? Wallahualam ... sendiri tanya diri sendiri lepas tu sediakan jawapan sendiri untuk diri sendiri.
Memang patut Kraft tutup kilang ... minimum wage rate AUD15 sejam for unskilled workers. Mana nak untung kalau labour cost mahal sangat... baik bukak kilang kat Malaysia... gaji murah, paling kuat RM600 sebulan, kerja macam hamba abdi ... boleh buang sesuka hati sebab senang cari pengganti, tak cukup rakyat Malaysia Indon ade ape. Ingat lagi masa dulu tahun 1993/94 aku pernah kerja kilang kat JB sementara tunggu result SPM ... gaji aku cuma RM350 sebulan, kerja macam nak mati!!! bila aku compare .... unemployment benefit orang Australia pun berkali-kali ganda lebih tinggi.
Antara lain aku terfikir jugak, bagaimana masyarakat Australia support product buatan mereka sendiri sedangkan mereka tahu produk mereka jauh lebih mahal ... dan kualitinya about the same or even worst!!! Mereka pernah mengadakan kempen utk tak beli barangan buatan luar, saban hari keluar kat rancangan Today Tonight pasal pasaraya & hypermarket yg lebih mengutamakan product luarBagi aku lantaklah aku beli yang paling murah asalkan kualitinya bagus (typical Malaysian ke?). Kita bandingkan masyarakat Malaysia dengan Australia. Ambik contoh Proton, bila pendapatan dan gaji dah melebihi RM5000 confirm tak nak pakai kereta proton ... sebab apa ... takde kualiti katanya, paling kurang Toyota...tak pun Honda. Beli Proton sebab tak cukup duit nak beli kereta import. Bila gaji jejak RM10 ribu sebulan dah start berangan-angan nak pakai kereta Merc, BMW, Volvo etc second hand pun takpe asalkan bergaya , bukan orang tanya beli second hand ke baru. Kita langsung tak nak bantu produk buatan Malaysia. Bandingkan dengan rakyat Australia .... mereka begitu menyokong kereta buatan mereka ... Holden. Bukan beza sangat kualitinya, sama jugak dengan kereta lain, even ada yang berharga sama dengan kereta mewah. Mereka tak turunkan harga untuk menarik pembeli sebab mereka begitu menyokong kereta mereka yang menggunakan teknologi German itu. Takdelah nak bagi diskaun beratus juta ringgit, apatah lagi nak compromise dengan kualitinya. Even coursemate aku ... partner BDO Sydney (BDO ni 5th largest Accounting firm in the world) pun pakai kereta Holden!!! apasal tak pakai Merc, Volvo, BMW or even Ferrari sedangkan dia mampu??? bukan sikit gajinya ... bukan mahal sangat harga kereta mewah!!! Dalam hati aku ... buy Australian product kot ....
Adakah masyarakat kita berfikiran sama? Buy Malaysian first? bila kita nak jadi macam ni? kekadang aku pun tak tahu ... masa gaji kecik paling mahal beli baju John Master untuk kerja, Antioni/Cheetah untuk baju sukan, kasut Bata/Power untuk bersukan. Bila gaji dah besar ... mana main John Master ... paling kurang POLO/Valentino/Armani untuk ke pejabat, pakaian dan kasut Adidas/Nike untuk bersukan. mana kelas barang murah, cepat rosak... kualiti tak ada. Aku nak tanya sapa kata!!! Ada buat lab test ke? tak tahu yang mereka bayar tu sebenarnya 90% untuk brand price. Aku pakai baju Antioni/cheetah aku ok aje ... lagi tahan dari adidas & nike ... aku pakai kasut power aku ok aje ... lagi tahan dan selesa dari kasut nike yang pernah aku pakai dulu ... tak melecet pun? yang sebenarnya hati kita yang melecet sebab perasaan riak tu tak ada bila tak pakai pakaian dan produk berjenama antarabangsa (percubaan untuk berlapik). Alah kereta mana pun sama jugak.... berapa laju nak bawak kereta tu, nak bawak pergi berlumba ke dengan isteri dan anak2 beratur dalam kereta ke?. Nak tidur dalam kereta tu ke? sampai sanggup beli kereta mahal tapi duduk flat DBKL? Sanggup bayar duit kereta lebih mahal dari bayar duit rumah bulan2 sebab orang tak nampak rumah kita ke?... aku tahu ... mungkin sebab Malaysia ni traffic jam teruk sangat sampai orang kita lebih lama duduk dalam kereta berbanding kat rumah ... jadi kereta kene lebih selesa dari rumah ... hmmmmmm .... naik ajelah LRT/Monorail/komuter/bas ... taknaklah sesak sangat, ada bau macam2 pulak... dah tu ... jalan kakilah lagi baik, tak pun naik basikal.
Monday, January 09, 2006
Khutbah Jumaat Lepas
Kalau minggu lepas Imam cerita pasal good deed and bad deed dan juga pasal Syurga dan Neraka serta hari pembalasan, minggu ni imam cerita pasal kewajipan dan kepentingan mengerjakan ibadah haji. Dalam khutbah kali ini apa yang menarik perhatian aku bila imam menceritakan satu kisah berkaitan dengan kewajipan haji. Menurut imam, Haji ini wajib dilakukan oleh orang yang berkemampuan dan hanya wajib bagi kali pertama. Maknanya buat sekali pun dah cukup, ditambah lagi dengan ujudnya sistem quota melaksanakan haji yang ada sekarang. Kisah yang diceritakan oleh imam masa khutbah adalah tentang seorang alim yang setiap tahun secara berselang seli mengerjakan haji dan umrah. Pada satu hari orang alim ni terserempak dengan seorang perempuan sedang menyelongkar tempat pembuangan sampah. Dia lihat perempuan itu mengambil seekor ayam yang sudah mati dan menyembunyikan dalam jubahnya. Orang alim ini telah menegur perempuan tersebut dan perempuan tersebut berkata itu bukan urusan dia. Lelaki tersebut berkata adalah menjadi tanggungjawab dia untuk tahu kenapa perempuan itu mengambil ayam yang sudah mati sebab ayam tersebut adalah bangkai tidak halal untuk dimakan. Perempuan itu sambil menangis menjawab yang dia adalah ibu tunggal yang mempunya 4 orang anak yang sedang kelaparan, maka bangkai ayam tersebut adalah halal baginya. Mendengar kata2 perempuan itu, lelaki tersebut menyuruhnya membuang bangkai tersebut, lantas beliau balik ke rumah dan mengambil wang yang beliau telah peruntukkan untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, dan menyerahkan kepada perempuan tersebut. Maka pada tahun itu, lelaki tersebut tidak dapat menunaikan haji seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada malamnya lelaki alim tersebut bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Dalam mimpi tersebut Rasulullah bersabda, setiap orang yang menunaikan haji pada tahun itu mendapat ganjaran 1 haji, tetapi lelaki tersebut mendapat ganjaran 70 haji hanya kerana memberi makan anak yatim daripada duit yang diperuntukkan untuk pergi menunaikan haji. Hmmmm .... tapi kena buat haji pertama dulu ....Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku kerap menceritakan isi khutbah jumaat di sini? Apa yang menarik perhatian aku tentang khutbah di sini, ianya tidak terlalu berat tapi mendatangkan kesan yang mendalam kepada orang yang mendengar. Aku tak tahu kenapa, mungkin kalau nak di bandingkan dengan khutbah di Malaysia,banyak sangat tapisan, khutbah mendatar dan monotonous, isu2 yang berat, ada unsur politik dan sebagainya. Di sini macam aku explain tadi ... khutbah nya simple,padat dan menyentuh hati. Mungkin sebab tiada text khusus disediakan, dan tiada tapisan dan hidden agenda. Kalau di Malaysia khutbah ikut text dan monotonous menyebabkan setiap telinga yang mendengar mengajak mata untuk mengantuk. Di sini khutbah lebih interactive ... paling aku tak boleh lupa ada satu kejadian... masa khutbah ada satu mamat arab ni lupa nak off handphone, lagu dia bukan main syok lagi ... imam tu sempat perli ... very nice song ... hahahaha lepas tu dia remind semua org off atau pun put HP on silent mode. Ada satu lagi kejadian, telephone berbunyi dan ada satu mamat arab ni bangun kira macam nak answer the phone lah .... imam tu panggil "... brother.... don't pick up the phone ... the khutbah is more important. Return the call later...." heheh tersipu2 mamat tu. Aku tak rasa kalau kat Malaysia imam akan tegur sebab tak de dalam text. Kalau di Malaysia cerita2 menarik selalunya ada masa tazkirah sebelum khutbah .... tapi berapa orang yang datang dengar tazkirah?
Sunday, January 01, 2006
From Xmas to New Year
Dah lama aku tak update blogs ni .... bukan apa, childcare cuti panjang, jadi aku takde masa free nak update blogs aku. Sebok menjaga 2 hero yg dah besar panjang dah tu, di tambah dengan si Firas yg sentiasa sebok nak menolong aku type. Ada haritu aku type agak panjang cerita ... tapi ditekannya button off kat notebook aku ni. habis semua hilang. Lagipun from 26th sampai 28th aku takde kat rumah, pergi duduk kat Malaysia Hall Sydney, kononnya nak bercuti lah ... hehehehe sambil2 nak gi boxing day sale ... cheh macam banyak duit!Oklah sepanjang cuti xmas sampai ke new year ni tak banyak yang berlaku. On the xmas day itself tu boring teramat sangat sebab semua TV cerita pasal xmas, the day before, on the xmas eve semua channel tayang cerita pasal santa claus(betul ke eja camni?) ... dari yang buncit sampai yang kurus sampai ke santa claus budak pun ade. hampeh, disebabkan kami semua sudah mencapai tahap keboringan peringkat ketujuh, maka pada petang tu kami peri ke rumah one PHD student utk tolong dia berkemas. the wife dan anak2 kena balik Malaysia sebab the student dah cukup 3 tahun buat PHD, dan JPA dah tak bagi elaun dah. Mana nak larat kalau setakat nak harap gaji kat Malaysia nak tanggung keluarga kat sini? nanti posting yang lain aku cerita education punya cost untuk budak2 bagi non-resident seperti kami ni.
on 26th belah petang tu baru we all pergi ke Malaysia Hall, Sydney. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang sejam jadik hampir 2 jam sebab orang yang aku ikut terlupa jalan hahaha lagi baik dari aku yg tak tahu jalan... tapi at last kami sampai jugak! laaa.... senang aje, depan Randwick Racecource ... bukan aku tahu ... cuma senang betul nak carik dalam map. Aku malas nak bukak map sebab co-pilot aku memang tak reti baca map. kalau dalam map pusing kanan ... entah kemana direction yang aku terima ... hahahaha co-pilot cuma jadi teman borak aje dalam kereta ... itupun kalau dia tak tidor! hahahahaha. Sampai sana nak dekat pukul 6, perut dah start lapar .... so lepas letak barang dalam bilik tu, kita org carik kedai makanan halal. jenuh gak pusing2 pekan Randwick tu ... pening gak sebab takde map yang detail ... carik gak map kat convenient store tapi nah kau harga dia $40. heheheheheh baik aku sesat carik jalan dari beli map $40 (kedekut tak aku?). Malam tu tak buat apa, TV dalam bilik pun takde, nak turun lounge malas, sebab bukan ada cerita pun.
27th December start boxing day sales. Kedai2 like Myers & David Jones bukak seawal 7 pagi .... tapi we all maleh nak ke sana sebab malas nak bersesak ... lagipun takde mende nak carik. then pukul 8 tu we all pergi ke Homebush. Kat situ ada Direct Factory Outlets, heheheheh harga pun lebih murah! apa yg kelakarnya, we all sampai pukul 8.30 am, sampai2 tengok kedai bukak pukul 10.00 adush tensionnye! tambah menarik tengok2 ramai pulak Malaysian, tak kira melayu & cina. Macam mana tahu? sebab bertegur sapa! clear yang Malaysian memang suka ke DFO ni!!! murah punya pasal... lepas dari DFO pergi ke NIKE outlets kat Auburn, sambil2 lalu depan Masjid besar Auburn (silap jalan sebenarnya). Besar masjid tu, Turkish punya architechture ... lepas tu balik singgah KFC halal kat Milperra ... nyam...nyam ... kat Malaysia KFC depan mata pun langsung tak tertarik ... hampeh!
28th December pagi2 dah balik sebab Nosy ada urusan kat Wollongong. Sampai Wollongong, sempat seround ronda Crown Street Mall .... sale kat sini taklah sehebat boxing day sales kat UK. Mungkin sebab brand kot .... kat UK Mark & Spencer & Next tu memang jadik tumpuan, tapi kat sini Myers & David Jones. tapi Myers & DJ takde brand dia sendiri macam M&S.
29th December tak buat apa sebab the whole day aku tengok final day of the 2nd Test Cricket between Australia & South Africa. kalau first test seri, second test ni Australia menang 180 run tak silap aku. 3rd test pulak start main on the 2nd (for 5 days). Aku memang hantu tengok cricket ni.... since kay UK dulu masa tengok Cricket world cup, ini semua Juke punya pasal hampeh ko Juke!!!. hahaha kat Malaysia mana ada coverage cricket ni.
30th aku tak ingat apa aku buat!
31st Dec tengok pertunjukan bunga api .... kat TV aje hahahahaha ada 2 askar tu bukan senang nak menyelit tengah2 orang ramai.
1st January 2006 : New Year !!!! peeet!!... peeet!! ko nah tu dia harini telah mencatatkan rekod hari ini dalam sejarah bila suhu di Sydney mencecah 47*C (bukan semua tempatlah) Wollongong mencatat suku 44 point berapa ntah .... siap ada satu org ni aku borak ... dia kata umur dia 47 tahun dan selama itulah dia duduk di Wollongong ... tak pernah dia rasa sepanas harini!!!! Danish & Firas macam udang kena bakar .... habis merah muka dan badan. KEbakaran memang banyak kat sini .....