Sunday, January 01, 2006

From Xmas to New Year

Dah lama aku tak update blogs ni .... bukan apa, childcare cuti panjang, jadi aku takde masa free nak update blogs aku. Sebok menjaga 2 hero yg dah besar panjang dah tu, di tambah dengan si Firas yg sentiasa sebok nak menolong aku type. Ada haritu aku type agak panjang cerita ... tapi ditekannya button off kat notebook aku ni. habis semua hilang. Lagipun from 26th sampai 28th aku takde kat rumah, pergi duduk kat Malaysia Hall Sydney, kononnya nak bercuti lah ... hehehehe sambil2 nak gi boxing day sale ... cheh macam banyak duit!

Oklah sepanjang cuti xmas sampai ke new year ni tak banyak yang berlaku. On the xmas day itself tu boring teramat sangat sebab semua TV cerita pasal xmas, the day before, on the xmas eve semua channel tayang cerita pasal santa claus(betul ke eja camni?) ... dari yang buncit sampai yang kurus sampai ke santa claus budak pun ade. hampeh, disebabkan kami semua sudah mencapai tahap keboringan peringkat ketujuh, maka pada petang tu kami peri ke rumah one PHD student utk tolong dia berkemas. the wife dan anak2 kena balik Malaysia sebab the student dah cukup 3 tahun buat PHD, dan JPA dah tak bagi elaun dah. Mana nak larat kalau setakat nak harap gaji kat Malaysia nak tanggung keluarga kat sini? nanti posting yang lain aku cerita education punya cost untuk budak2 bagi non-resident seperti kami ni.

on 26th belah petang tu baru we all pergi ke Malaysia Hall, Sydney. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang sejam jadik hampir 2 jam sebab orang yang aku ikut terlupa jalan hahaha lagi baik dari aku yg tak tahu jalan... tapi at last kami sampai jugak! laaa.... senang aje, depan Randwick Racecource ... bukan aku tahu ... cuma senang betul nak carik dalam map. Aku malas nak bukak map sebab co-pilot aku memang tak reti baca map. kalau dalam map pusing kanan ... entah kemana direction yang aku terima ... hahahaha co-pilot cuma jadi teman borak aje dalam kereta ... itupun kalau dia tak tidor! hahahahaha. Sampai sana nak dekat pukul 6, perut dah start lapar .... so lepas letak barang dalam bilik tu, kita org carik kedai makanan halal. jenuh gak pusing2 pekan Randwick tu ... pening gak sebab takde map yang detail ... carik gak map kat convenient store tapi nah kau harga dia $40. heheheheheh baik aku sesat carik jalan dari beli map $40 (kedekut tak aku?). Malam tu tak buat apa, TV dalam bilik pun takde, nak turun lounge malas, sebab bukan ada cerita pun.

27th December start boxing day sales. Kedai2 like Myers & David Jones bukak seawal 7 pagi .... tapi we all maleh nak ke sana sebab malas nak bersesak ... lagipun takde mende nak carik. then pukul 8 tu we all pergi ke Homebush. Kat situ ada Direct Factory Outlets, heheheheh harga pun lebih murah! apa yg kelakarnya, we all sampai pukul 8.30 am, sampai2 tengok kedai bukak pukul 10.00 adush tensionnye! tambah menarik tengok2 ramai pulak Malaysian, tak kira melayu & cina. Macam mana tahu? sebab bertegur sapa! clear yang Malaysian memang suka ke DFO ni!!! murah punya pasal... lepas dari DFO pergi ke NIKE outlets kat Auburn, sambil2 lalu depan Masjid besar Auburn (silap jalan sebenarnya). Besar masjid tu, Turkish punya architechture ... lepas tu balik singgah KFC halal kat Milperra ... nyam...nyam ... kat Malaysia KFC depan mata pun langsung tak tertarik ... hampeh!

28th December pagi2 dah balik sebab Nosy ada urusan kat Wollongong. Sampai Wollongong, sempat seround ronda Crown Street Mall .... sale kat sini taklah sehebat boxing day sales kat UK. Mungkin sebab brand kot .... kat UK Mark & Spencer & Next tu memang jadik tumpuan, tapi kat sini Myers & David Jones. tapi Myers & DJ takde brand dia sendiri macam M&S.

29th December tak buat apa sebab the whole day aku tengok final day of the 2nd Test Cricket between Australia & South Africa. kalau first test seri, second test ni Australia menang 180 run tak silap aku. 3rd test pulak start main on the 2nd (for 5 days). Aku memang hantu tengok cricket ni.... since kay UK dulu masa tengok Cricket world cup, ini semua Juke punya pasal hampeh ko Juke!!!. hahaha kat Malaysia mana ada coverage cricket ni.

30th aku tak ingat apa aku buat!
31st Dec tengok pertunjukan bunga api .... kat TV aje hahahahaha ada 2 askar tu bukan senang nak menyelit tengah2 orang ramai.

1st January 2006 : New Year !!!! peeet!!... peeet!! ko nah tu dia harini telah mencatatkan rekod hari ini dalam sejarah bila suhu di Sydney mencecah 47*C (bukan semua tempatlah) Wollongong mencatat suku 44 point berapa ntah .... siap ada satu org ni aku borak ... dia kata umur dia 47 tahun dan selama itulah dia duduk di Wollongong ... tak pernah dia rasa sepanas harini!!!! Danish & Firas macam udang kena bakar .... habis merah muka dan badan. KEbakaran memang banyak kat sini .....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home