Khutbah Jumaat 16 December 2005
Bersempena bulan Zulhijjah yang akan datang ni, for the third consecutive weeks Imam memberi khutbah pertama berhubung dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yg dikaitkan dengan amalan haji. Imam juga menyelitkan kaifiat menunaikan haji sambil beliau menceritakan kisah hidup Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Pelbagai kisah diceritakan, dan pengajaran yang perlu diambil diterangkan. Iktibar bagaimana sabarnya baginda berdua menghadapi segala ujian dan dugaan Allah, dan ketakwaan baginda berdua menerima segala perintah Allah. Walaupun kisah ini bukanlah perkara baru buat aku, tapi ianya telah mengingatkan aku tentang susah macam mana pun hidup, dan berat macam mana sekalipun dugaan yang aku lalui masih terlalu sikit kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang baginda berdua alami. Ini buat aku terpikir balik betapa bertuah dan beruntungnya aku. Teringat lak aku kata-kata Dr. Fazilah Kamsah lebih kurang macam nilah bunyiknya"kalau kita nak bermuhasabah, kita jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang, kalau kita pakai kereta wira kita tengok macam mana orang yang cuma mampu pakai kereta kancil, kalau kita pakai kereta kancil kita tengok orang yang naik motor, kalau kita naik motor kita tengok orang yang takde motor & naik bas, kalau kita boleh mampu berjalan kita tengok orang yang tak mampu berjalan"
itu kalau kita nak bermuhasabah diri kita. Itulah kita ni sebagai manusia kita memang mudah lupa. Dr. Mahathir pun pernah kata "Melayu Mudah Lupa" ... bangsa lain macam mana? itulah yang terjadi kepada bangsa Arab di Australia yang majoritinya adalah Arab Lebanese. Mereka tercari-cari imej mereka dibumi tumpangan mereka ini, Australia. Beberapa pendapat mengatakan mereka ini neither Lebanese nor Australian! Generasi muda mereka sudah tidak lagi mengamalkan budaya Arab Lebanese dan tidak mengasimilasikan diri mereka dengan budaya Australia. Harus diingat bukan semua Arab Lebanese itu muslim, ada juga kristian dan yahudi. Mengapa mereka perlu melupakan budaya mereka sendiri? atau memang begitu cara hidup mereka yang sebanarnya? entahlah ...
Berbalik kepada khutbah imam pada minggu ini. Kalau minggu lepas pada khutbah kedua, imam menyokong hukuman mati yang dikenakan terhadap Nguyen Tuong Van yang dijatuhi oleh Mahkamah Singapura. Kerana menurut imam di dalam Al-Quran dinyatakan hukuman bagi pembunuh adalah bunuh. Dan dalam konteks ini, Nguyen ini boleh dianggap sebagai pembunuh/bakal pembunuh kerana bahaya dadah yang mampu dan telah membunuh ramai manusia. Minggu ni pulak pada khutbah kedua Imam mengingatkan supaya semua muslim agar lebih berhati-hati ekoran dari kejadian race riot di Cronulla and surrounding suburbs. Beliau telah dipanggil bermesyuarat bersama-sama pemimpin komuniti lain di Balai Polis Wollongong untuk cuba mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini kerana Wollongong juga dikhabarkan menjadi antara kawasan panas. Beliau juga telah diminta oleh pihak polis supaya menasihati muslim di sini agar manjauhi kawasan pantai dan tempat2 awam lain. Pemandu teksi juga diminta berhati2 ketika mengambil penumpang, kerana berlaku beberapa kes assault yang melibatkan pemandu teksi berbangsa Arab.
Disamping itu juga imam mengingatkan bahawa memang telah dinyatakan dalam Al-Quran yang kaum yahudi dan nasrani (kristian) ni memang akan tetap dan terus membenci umat Islam dan mencari jalan merosakkan umat Islam. Tetapi jika sekiranya mereka tidak memusuhi kita secara terang terangan adalah menjadi kewajipan kita untuk menjaga hubungan baik dan menghormati mereka. Inilah yang menjadi punca timbulnya permasalahan kaum di sini. Generasi kedua golongan pendatang Lebanese ini dikatakan tidak menghormati masyarakat kulit putih yang memang kita ketahui bersikap arrogant. Ramai remaja Lebs juga dikatakan kerap mengganggu keamanan dan tidak mengamalkan cara hidup islam sebenar serta kerap melakukan perkara yang buruk yang diumpamakan sebagai Aussie's nigger. Ini berpunca daripada sikap ibu bapa mereka yang terlalu sibuk mencari harta dunia sehingga mengabaikan tanggung jawab menjaga anak2.
Kalau nak dikirakan, orang berkulit putih ni pun sebenarnya pendatang. Ramai pendatang dari Itali, Greek, Ukraine, German, Croatia, Serbia dan negara-negara eropah lain. Tapi disebabkan warna kulit dan agama mereka sama, mereka menganggap mereka adalah Australian. Wah!!! perasan tak ingat tu, hanya kerana mereka datang lebih awal sekitar tahun 1960an (third wave)maka mereka anggap mereka itu superior? Apa beza mereka dengan Lebanese, Chinese, Vietnamese (4th wave)? Helena Dokic yang berhijrah ke Australia pada 1996 pun dianggap Australian, bukan Serbian ... walaupun pernah menyatakan secara terbuka untuk meninggalkan Australia dan enggan mewakili Australia pada 2002, hanya semata2 dia berkulit putih! Peristiwa ini heboh satu dunia, tapi begitu cepat dan pantas dilupakan oleh masyarakat kulit putih Australia bila Helena Dokic menyatakan hasrat untuk kembali ke Australia ... dia diterima dengan tangan terbuka, tidak cukup dengan itu malah dialu-alukan. Cuba sekiranya perkara ini dilakukan oleh seorang yang bernama Ahmed, Abdul, Tan, Nguyen etc? bolehkah mereka diterima? PM Howard kata Australia bukanlah negara racist ... tapi apa yang berlaku tak seperti apa yang dilihat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home