Khutbah Jumaat
Hari ni aku pergi solat jumaat dengan Danish. Agak lambat sikit, pukul 1.10 baru sampai sebab jalan dekat Town harini mengalami extraordinary congestion. Hah!! Wollongong Jammed!! macam miracle lah pulak hahaahahaha mungkin sebab harini sedikit panas berbanding sepanjan minggu yang semakin mirip winter.Sebelum aku cerita khutbah jumaat yang aku dapat dengar sekerat tu aku nak cerita yang semalam aku dan family attended Danish punya graduation party. hahahahaha Danish tak grad lagik, tapi dia participate on the performances yesterday. The event started at 5.15 p.m. (nosy sanggup ambik half day leave yesteday) dimulakan dengan chicken dance, lepas tu a few songs/dances and ape ke nama tu ... yang ada narrator baca cerita buak2 ni buat lakonan tanpa suara. Danish di sebabkan tak tinggi (beralas sikit bahasa ni) terlindung disebalik rakan2nya yang lebih tinggi ... hehehehehe. Jadi tak nampak jelas sangat cuma nampak dia menari2. Lepas tu diikuti majlis penganugerahan sijil yang tak melibatkan Danish, sebab Danish still akan attend that pre-school next year. Lepas tu ada makan2, disebabkan pre-school ni non-profit making organisation, kena pot luck. itulah dia... lepas tu ada majlis menari untuk budak2 ni. Yang sebok menari si Firas .... hahahaha dia lak melebih2 bukan main lagi. Lepas tu ada lucky draw .. Danish menang satu present.
Berbalik dengan khutbah Jumaat harini, Imam menyambung semula khutbah pasal perkahwinan dan adultry. Hmmmm ... sambungan minggu lepas pasal perkahwinan dalam Islam, dan orang yang dibenarkan dikahwini. Aku tak berani nak cerita pasal last week's khutbah, sebab Imam kata muslim boleh mengahwini ahli kitab iaitu kristian dan yahudi dengan beberapa syarat anataranya untuk membentuk dan menarik mereka kepada islam. Jangan tanya aku punya komen cuma itu yang disampaikan oleh imam. Memang aku tahu muslim boleh mengahwini ahli kitab, tapi persoalannya adakah yahudi dan kristian sekarang ini masih boleh dianggap sebagai ahli kitab? biarkan yan arif memperbincangkan nya, dan jalan yang selamat carilah yang islam sebab nabi berpesan kahwinilah wanita yang beragama ....
Harini disambung dengan persoalan nikah muta'ah (iaitu nikah kontrak) yang dipraktikkan di Iran (Syi'ah). Imam kata HARAM hukumnya. Aku pernah sendiri tengok documentary tentang nikah muta'ah ni di TV Australia ... tak silap aku ada dulu aku post dalam blogs aku. Menyedihkan, bila perempuan dinikahi bagi tempuh kontrak tertentu dan dijanjikan bayaran yang tertentu ... subhanallah. Imam juga kata lelaki muslim boleh meniduri hamba wanitanya. Tetapi sekarang ini sudah tiada lagi hamba abdi seperti dulu. Hamba abdi ini hanyalah hamba akibat peperangan, bukan seperti sekarang perempuan dijual bagi membayar hutang!. itulah dia ... imam kata berhati2 dengan pendapat orang yang mengaku ulama' tentang hukum perkahwinan ini. Jalan selamat adalah mengahwini muslim sejati yang taat perintah Allah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home