Monday, January 09, 2006

Khutbah Jumaat Lepas

Kalau minggu lepas Imam cerita pasal good deed and bad deed dan juga pasal Syurga dan Neraka serta hari pembalasan, minggu ni imam cerita pasal kewajipan dan kepentingan mengerjakan ibadah haji. Dalam khutbah kali ini apa yang menarik perhatian aku bila imam menceritakan satu kisah berkaitan dengan kewajipan haji. Menurut imam, Haji ini wajib dilakukan oleh orang yang berkemampuan dan hanya wajib bagi kali pertama. Maknanya buat sekali pun dah cukup, ditambah lagi dengan ujudnya sistem quota melaksanakan haji yang ada sekarang. Kisah yang diceritakan oleh imam masa khutbah adalah tentang seorang alim yang setiap tahun secara berselang seli mengerjakan haji dan umrah. Pada satu hari orang alim ni terserempak dengan seorang perempuan sedang menyelongkar tempat pembuangan sampah. Dia lihat perempuan itu mengambil seekor ayam yang sudah mati dan menyembunyikan dalam jubahnya. Orang alim ini telah menegur perempuan tersebut dan perempuan tersebut berkata itu bukan urusan dia. Lelaki tersebut berkata adalah menjadi tanggungjawab dia untuk tahu kenapa perempuan itu mengambil ayam yang sudah mati sebab ayam tersebut adalah bangkai tidak halal untuk dimakan. Perempuan itu sambil menangis menjawab yang dia adalah ibu tunggal yang mempunya 4 orang anak yang sedang kelaparan, maka bangkai ayam tersebut adalah halal baginya. Mendengar kata2 perempuan itu, lelaki tersebut menyuruhnya membuang bangkai tersebut, lantas beliau balik ke rumah dan mengambil wang yang beliau telah peruntukkan untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, dan menyerahkan kepada perempuan tersebut. Maka pada tahun itu, lelaki tersebut tidak dapat menunaikan haji seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada malamnya lelaki alim tersebut bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Dalam mimpi tersebut Rasulullah bersabda, setiap orang yang menunaikan haji pada tahun itu mendapat ganjaran 1 haji, tetapi lelaki tersebut mendapat ganjaran 70 haji hanya kerana memberi makan anak yatim daripada duit yang diperuntukkan untuk pergi menunaikan haji. Hmmmm .... tapi kena buat haji pertama dulu ....

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku kerap menceritakan isi khutbah jumaat di sini? Apa yang menarik perhatian aku tentang khutbah di sini, ianya tidak terlalu berat tapi mendatangkan kesan yang mendalam kepada orang yang mendengar. Aku tak tahu kenapa, mungkin kalau nak di bandingkan dengan khutbah di Malaysia,banyak sangat tapisan, khutbah mendatar dan monotonous, isu2 yang berat, ada unsur politik dan sebagainya. Di sini macam aku explain tadi ... khutbah nya simple,padat dan menyentuh hati. Mungkin sebab tiada text khusus disediakan, dan tiada tapisan dan hidden agenda. Kalau di Malaysia khutbah ikut text dan monotonous menyebabkan setiap telinga yang mendengar mengajak mata untuk mengantuk. Di sini khutbah lebih interactive ... paling aku tak boleh lupa ada satu kejadian... masa khutbah ada satu mamat arab ni lupa nak off handphone, lagu dia bukan main syok lagi ... imam tu sempat perli ... very nice song ... hahahaha lepas tu dia remind semua org off atau pun put HP on silent mode. Ada satu lagi kejadian, telephone berbunyi dan ada satu mamat arab ni bangun kira macam nak answer the phone lah .... imam tu panggil "... brother.... don't pick up the phone ... the khutbah is more important. Return the call later...." heheh tersipu2 mamat tu. Aku tak rasa kalau kat Malaysia imam akan tegur sebab tak de dalam text. Kalau di Malaysia cerita2 menarik selalunya ada masa tazkirah sebelum khutbah .... tapi berapa orang yang datang dengar tazkirah?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home