Monday, January 16, 2006

Layaaannnn .....

Sekarang ni free channel TV kalau tak tunjuk kricket, tennis ... kalau test kricket tu satu game lenjan sampai 5 hari dari pagi santak ke Maghrib, kalau Tennis ni sebab ada Australian Open sepanjan hari tunjuk tennis. Agaknya ginilah gaya hidup ramai rakyat Australia yang unemployed ni ... duduk rumah terkangkang depan TV. Lepas ni ada pulak sukan komanwel, lepas tu tunggu northern hemisphere summer untuk test match dengan England, the Ashes ... sementara nak tunggu England summer dia main lak tri nation series dengan Pakistan & India ... stadium pulak penuh aje walaupun hari bekerja ... itu dah tunjuk berapa ramai rakyat mereka yang tak bekerja, hidup bergantung pada unemployment benefit. Macam-macam allowance ada, sampaikan kalau kerja dengan gaji below AUD15 sejam baik duduk rumah & terima allowance 2 minggu sekali di Centrelink.

Malang bagi non-resident. Childcare untuk anak mahal melampau sehingga ada yang menjejak AUD110 sehari!!!! Kalau aku hantar anak aku ke nursery kat JKR tu pun baru RM230 sebulan ... ini sehari lagi mahal dari kos nursery sebulan kat Malaysia. Unless kalau ada PR, ada diskaun sikit, dapatlah reduced fees jadik about AUD30++ sehari. Mana tak pening kepala nak tanggung diaorg punya school fees. Tak hantar kesian pulak kat diaorg, takpelah ... itu baru cerita pasal early education fees, kalau dah start official schooling pulak untuk public school dah kena AUD5500 perannum, dan kalau nak kelas sikit bolehlah hantar ke private school yang mencecah AUD20,000 ++ perannum!!! hahahaha sapa rasa kaya hantarlah anak ke private school. Sini takde MRSM, SMS etc. Kalau nak anak belajar dekat quality school hantarlah ke private school, otherwise pergilah ke public school yang homeworknya saban hari hanya a piece of paper! Uni pulak cuma perlu bayar registration fees.

Itulah dia, bila di fikirkan rasa bertuahnya jadi rakyat Malaysia yang dapat banyak kemudahan belajar. Aku ni contohnya, dari Form 4 sampai habis Degree MARA yang sponsor, habis belajar dia convert pulak loan aku jadik scholarship. Rezeki murah, alhamdulillah, tak sampai 5 tahun kerja dapat pulak scholarship utk buat Masters. Aku tak boleh bayangkan keadaan aku sekarang tanpa scholarship. Anak penoreh getah yang berpendapatan tak menentu bergantung pada cuaca, hujan atau tidak ... tak pernah makan KFC sehingga tingkatan 2, tak pernah makan Pizza Hut sehingga tingkatan 4, tak pernah makan McDonald sehingga lepas SPM!!! hahahhaha apa kan lagi tengok wayang di panggung wayang. Adalah tengok wayang di padang sekolah dan konsert Pentarama juga di padang sekolah. Pagi pungut getah beku, petang ke sekolah, masuk kelas masih melekat bau getah beku. Masih aku ingat member datang rumah bagitahu aku result SRP sebab aku lambat pergi sekolah tolong emak pungut getah beku. Pun begitu still aku masih mampu jadik best student sekolah aku ... Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku, dan aku harap aku takkan lupa. Masih aku ingat, waktu cuti sekolah kawan2 pergi bercuti dan berjalan-jalan, tapi aku bila cuti sekolah aku bekerja. Lepas SRP aku kerja di kedai makan dengan gaji RM5 sehari, kerja dari 7 pagi santak sampai ke 11 malam. Cuti form 4 lagi sekali aku kerja kedai makan, tapi gaji dah naik sikit RM10... lepas SPM macam2 kerja aku buat. Aku pernah kerja kilang, aku pernah kerja di Parkson Grand. Lepas A-Level aku sempat kerja di McDonald. Kadang-kadang sedih jugak sebab masa aku kat sekolah di kampung, kawan2 pergi sekolah naik bas dan ada yang naik motor secara illegal, tapi aku tetap mengayuh basikal ke sekolah yang jaraknya sejauh hampir 10km sehari berbekal duit 50 sen dan nasi berlauk telur. Tapi aku tak mengeluh sebab kakak-kakak aku pun menerima nasib yang sama ... malahan lebih perit dari yang aku rasa. Aku rasa mungkin cabaran aku ni yang membuatkan aku lebih tabah dan berani ... sehingga kadang2 terlalu berani yang menyebabkan aku pernah tersisih pada pandangan pengurusan department aku ... aku outspoken sangat kot...

2 Comments:

At 1:20 pm, Blogger Bukunota said...

kalau tambah satu lagi: bola sepak. tak keluar rumah lah orang oz ni ya

 
At 7:18 pm, Blogger SAMPOY said...

aussies tak layan bola sepak, either Australian football or rugby aje yg dia layan

 

Post a Comment

<< Home