Kraft Anyone?
Pernah dengar brand Kraft? banyak barangan makanan brand kraft ni termasuklah cheese, biskut, yogurt dan macam2 lagi makanan yang selalu ada aku jumpa kat either Woolies or Coles. Rasanya kat Giant Hypermarket, Tesco & Carefour kat Malaysia pun ada banyak barangan brand ni. Isu hari ini bukan isu makanan ... tapi isu keperihatinan.Pagi tadi aku bangun tidur, tengok rancangan ala2 Selamat Pagi Malaysia kat sini ... about pukul 6.30 am. Isu yang di bincangkan adalah sama ada rakyat Australia perlu memboikot product Kraft kerana menutup kilang mereka di Victoria yang menyebabkan ribuan hilang pekerjaan... lay off. Wow! itulah dia ... aku tak tahu sama ada mereka tak ada isu yang nak diketengahkan, atau itu menunjukkan mereka perihatin ... sebab kalau kat Malaysia company besar tutup kilang ... semua orang kata lantaklah... sebab yang terjejas bukan orang penting ... tapi orang miskin!!!! ingat apa yang berlaku pasal seorang consultant yang terbunuh bila dinding konkrit jatuh kat Plaza Damas? Cuba yang kena tu bukan big shot yang rapat dengan politician macam dia ... katakan seorang executive cabuk di sebuah syarikat swasta atau kerani di jabatan kerajaan ... adakah ianya akan menjadi isu hangat sehangat isu ini sekarang? paling kuat keluar Metro, tak pun Berita Harian or Utusan Malaysia di muka surat 3 ... itupun mujur.
Yang jadi persoalan dalam kepala aku sekarang ialah adakah masyarakat di Malaysia kurang perihatin berbanding masyarakat di Australia? Wallahualam ... sendiri tanya diri sendiri lepas tu sediakan jawapan sendiri untuk diri sendiri.
Memang patut Kraft tutup kilang ... minimum wage rate AUD15 sejam for unskilled workers. Mana nak untung kalau labour cost mahal sangat... baik bukak kilang kat Malaysia... gaji murah, paling kuat RM600 sebulan, kerja macam hamba abdi ... boleh buang sesuka hati sebab senang cari pengganti, tak cukup rakyat Malaysia Indon ade ape. Ingat lagi masa dulu tahun 1993/94 aku pernah kerja kilang kat JB sementara tunggu result SPM ... gaji aku cuma RM350 sebulan, kerja macam nak mati!!! bila aku compare .... unemployment benefit orang Australia pun berkali-kali ganda lebih tinggi.
Antara lain aku terfikir jugak, bagaimana masyarakat Australia support product buatan mereka sendiri sedangkan mereka tahu produk mereka jauh lebih mahal ... dan kualitinya about the same or even worst!!! Mereka pernah mengadakan kempen utk tak beli barangan buatan luar, saban hari keluar kat rancangan Today Tonight pasal pasaraya & hypermarket yg lebih mengutamakan product luarBagi aku lantaklah aku beli yang paling murah asalkan kualitinya bagus (typical Malaysian ke?). Kita bandingkan masyarakat Malaysia dengan Australia. Ambik contoh Proton, bila pendapatan dan gaji dah melebihi RM5000 confirm tak nak pakai kereta proton ... sebab apa ... takde kualiti katanya, paling kurang Toyota...tak pun Honda. Beli Proton sebab tak cukup duit nak beli kereta import. Bila gaji jejak RM10 ribu sebulan dah start berangan-angan nak pakai kereta Merc, BMW, Volvo etc second hand pun takpe asalkan bergaya , bukan orang tanya beli second hand ke baru. Kita langsung tak nak bantu produk buatan Malaysia. Bandingkan dengan rakyat Australia .... mereka begitu menyokong kereta buatan mereka ... Holden. Bukan beza sangat kualitinya, sama jugak dengan kereta lain, even ada yang berharga sama dengan kereta mewah. Mereka tak turunkan harga untuk menarik pembeli sebab mereka begitu menyokong kereta mereka yang menggunakan teknologi German itu. Takdelah nak bagi diskaun beratus juta ringgit, apatah lagi nak compromise dengan kualitinya. Even coursemate aku ... partner BDO Sydney (BDO ni 5th largest Accounting firm in the world) pun pakai kereta Holden!!! apasal tak pakai Merc, Volvo, BMW or even Ferrari sedangkan dia mampu??? bukan sikit gajinya ... bukan mahal sangat harga kereta mewah!!! Dalam hati aku ... buy Australian product kot ....
Adakah masyarakat kita berfikiran sama? Buy Malaysian first? bila kita nak jadi macam ni? kekadang aku pun tak tahu ... masa gaji kecik paling mahal beli baju John Master untuk kerja, Antioni/Cheetah untuk baju sukan, kasut Bata/Power untuk bersukan. Bila gaji dah besar ... mana main John Master ... paling kurang POLO/Valentino/Armani untuk ke pejabat, pakaian dan kasut Adidas/Nike untuk bersukan. mana kelas barang murah, cepat rosak... kualiti tak ada. Aku nak tanya sapa kata!!! Ada buat lab test ke? tak tahu yang mereka bayar tu sebenarnya 90% untuk brand price. Aku pakai baju Antioni/cheetah aku ok aje ... lagi tahan dari adidas & nike ... aku pakai kasut power aku ok aje ... lagi tahan dan selesa dari kasut nike yang pernah aku pakai dulu ... tak melecet pun? yang sebenarnya hati kita yang melecet sebab perasaan riak tu tak ada bila tak pakai pakaian dan produk berjenama antarabangsa (percubaan untuk berlapik). Alah kereta mana pun sama jugak.... berapa laju nak bawak kereta tu, nak bawak pergi berlumba ke dengan isteri dan anak2 beratur dalam kereta ke?. Nak tidur dalam kereta tu ke? sampai sanggup beli kereta mahal tapi duduk flat DBKL? Sanggup bayar duit kereta lebih mahal dari bayar duit rumah bulan2 sebab orang tak nampak rumah kita ke?... aku tahu ... mungkin sebab Malaysia ni traffic jam teruk sangat sampai orang kita lebih lama duduk dalam kereta berbanding kat rumah ... jadi kereta kene lebih selesa dari rumah ... hmmmmmm .... naik ajelah LRT/Monorail/komuter/bas ... taknaklah sesak sangat, ada bau macam2 pulak... dah tu ... jalan kakilah lagi baik, tak pun naik basikal.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home