Sunday, October 30, 2005

selamat hari raya

Thursday, October 13, 2005

Firas

Harini baru aku rasa lega sikit, kalau tidak sejak hari isnin sebelah malam si Firas merengek. Ingatkan kenapa, rupanya nak demam sebab gigi nak keluar. Demam dia reached its peak yesterday. On Monday tu the whole day dia ok lagik... kira masih berlari2 lagi ... petang isnin lepas dia bangun tidur badan dia panas. Bagi ubat demam surut panas dia, then Monday morning tu hantar dia kat Kids Uni ngan Danish sekali. hantar lebih kurang 8.45am, then terus aku gi libarary, tetiba aku terima call from Kids Uni director, suruh ambik firas sebab he got temperature ... 39.5. aku pun terus ambik dia. bawak balik rumah ... check2 nah ko ... gusi bengkak nak keluar gigi, bukan satu, tapi 4/5 batang. Hmmm ... patutlah demam. sampai semalam merengek dan tak nak berenggang, tidur pun nak kena peluk, lepas ajek peluk terus bangun & merengek balik. Last night dia dah start active balik ... dan sampai hari ni alhamdulillah dah ok dah tu. Ni harini danish pergi Pre-school, so cuma ada firas sorang aje kat rumah. Ni ada sebok nak tolong aku menaip nih ... hehehe macam pandai menaip ... cakap pun tak reti lagi ... ada cita2.
Chiow

Monday, October 10, 2005

Ramadhan tanpa pasar ramadhan

Itulah dia the consequence yg dialami oleh orang2 yang tak berpuasa di Malaysia. Bukan senang wooo ... kalau ada pasar ramadhan tu senang aje, balik keje main tunjuk2 aje dah siap makanan untuk berbuka. Oklah aku nak cerita ape aku dan wife aku masak last weekend untuk berbuka. Selama 2 hari tu macam2 mende we all masak antaranya nasi beriyani, fish and chips, satay + kuah kacang, pengat pisang, karipap dan popia. Cam yang aku cerita dalam last posting, aku gi library the whole day on Saturday & Sunday. So, balik dari library on Saturday tu wife aku dah masak nasi beriyani, disebabkan aku balik lambat, taklah masak mende lain cuma grill satay yang aku dah marinate semalamnya (mana nak bakar!!)dan kuah kacang yg telah dimasak oleh wife aku. Malamnya tu aku pun menguli tepung untuk buat karipap, wife aku masak inti dia. Dah siap semua akulah tukang lanyak tepung tu bagi tipis dan wife akulah yg menjadikkannya karipap. On Sunday tu aku gi library gak, tapi aku balik awal sikit, 4pm aku dah sampai rumah, waktu tu wife aku dah masak pengat pisang & popia, dan tengah nak buat fish and chips. so operasi memasaklah. hehehehe aku harini tak banyak bagi sumbangan, cuma melantak ajelah aku harini.
Harini dah monday, wife aku kerja harini ... jadi akulah yg bertugas untuk masak hari ni. Aku masak simple aje harini ... masak ape??? heheheheh nasik goreng!!!! hahahaha malaslah nak masak banyak ni...
chow chendol.....

Saturday, October 08, 2005

Blogging From Uni

Hari ni saturday, so aku telah menyerahkan kerja menjaga anak2 pada wife aku. At last aku ada jugak masa untuk buat major research & case study aku tanpa gangguan. Jadi aku ambik keputusan nak pergi library hari ni. Ni sekarang ni kepala aku tengah macam nak meletup dan mata aku naik berpinar2 (specticles baru daa..). Jadik untuk mengembalikan semula kekenyalan kepala aku yang dah nak meletup ni aku ambik kesempatan mem"blogging" dari library.
Nak cerita yang sebenarnya yang semalam aku ambik specticles aku yang dah siap kat OPSM Wollongong. Ape keslah Australia ni ... inilah harga specticles yang paling mahal aku pernah bayar ... $574.00, atau RM1636 lebey kurang. Spec cekai ajek ... kalau aku buat kat mesia dah sure dapat 2 bijik oakley ... bukan 1 tapi 2 oakley! itulah dia .. yang mahalnya lenses. breakdown dia macam ni:-
1. eye test $60.00
2. frames $135.00
3. lenses $679.00
Apekebende mahal sangat lenses tu!!! optomerist tu kata sebab nak kena grind dululah itulah inilah ... dalam hati ape punya kelentonglah, aku ingatkan nak kena buat special mixtures ke mende2 lah... chet!! kalau kat mesia aku budget paling mahal pun aku kena ketuk dengan the same fames and lenses pun RM600. Lepas aku pikir2 balik barulah aku terpikir yang labour cost di Australia ni memang mahal. Bayangkanlah orang indon yang kerja petik jamur (cendawan in indonesian) pun gaji dia $15 perhour! hahahahaha tu baru petik jamur ... kalau petik gitar??? hahahahaha Kalau sanggup kerja kontrak buat bangunan tu boleh dapat $40 perhour. Aku ingat lagi dulu masa aku kerja kilang kat UK berapalah sangat yang aku dapat .. as low as GBP2.00 sejam, kalau in AUD .. lebih kurang $4 sejam kot. Masa kat mesia dulu aku keje kilang pun cuma RM350 sebulan. Itu yang optomerist (eh betul ke ejaan ni?) charge $60 dalam masa tak sampai setengah jam .... 20 minit kot. Patutlah barang2 bukan mentah kat sini terlalu mahal bandingkan Malaysia, and even UK!!!
oklah better get back to my work now.
chiow

Tuesday, October 04, 2005

Ape cerita?

Ni ape kes lah dah lama tak update ni .... hahahaha bukan apa aku agak sibuk dan kurang bermaya nak menulis. Deretan assignment, case study, report and research menyebabkan aku nak bernafas pun susah. Every week misti punya ada paling kurang satu nak kena submit. This semester, macam aku cerita sebelum ni memang lebih tough dari last semester. This semester jugaklah one of aku punye lecturer sudah masuk angin. Sebok dengan divorce & child custody dia sampai tak ambik berat pasal lecturing. This week aku nak siapkan 2 case study sekaligus, sebab on the 17 & 18th ada major research nak kena submit. nasib baik semua research dah buat & all the data dah ada, cuma nak menulislah sekarang nih. cukuplah tu seminggu lebih untuk menulis, about 6000wds aje, around 20 pages. then my final major research kena submit on 30th October ... seminggu sebelum raya. jadik raya tahun ni sakanlah aku .... MERDEKA until February next year.
lupa lak nak tulis yang haritu aku dan family pergi ke Canberra. pergi dengan family Hasri (PHD student). On the 1st Oct (Saturday), by 6.00 am we left Wollongong. 6.00 am sini macam 8.00 am kat mesia dia punya terang... perjalan ambik masa dekat 3 jam. by 8.45 dah sampai kat car park floriade, tempat taman pesta bunga2an. unload semua bekal makanan dan kelengkapan .... terus masuk ke floriade. budak2 ngan emak budak bukan main excited lagik. aku jadi photographer amatur harituh. belasah ajelah asal ambik gambar. tengah2 ambik gambar tu batery digital camera pulak habis. sakitnya hati ... nasib baik bawak digicam, dapatlah jugak snap pics lagi walaupun quality rendah sikit. lepas lunch and solat (kat bawah pokok aje) bertolak ronda2 Canberra. around pukul 3.30 macam tu we all berangkat balik, lepas relax makan2 sekali lagik. Kepada yang masih belum tahu Canberra ni kira macam Putrajaya bagi Australia lah, NSW lak macam Selangor lah. ha gitu ... tapi kalau nak banding Canberra ngan Putrjaya, Putrajaya lagi cantik. Canberra ni nampak kaku sikit sebab banyak sangat modern architecture, nilai estetik dia tak berapa menarik minat aku.
On Sunday 2nd Oct ade Malaysian Night sebelah malam (7pm). tapi majlis tu tak jadik malaysian nite sebab takde langung cultural show, cuma ada makan2 ajek. aku & family balik awal sebab firas dah mengantuk.
On Monday 3rd Oct my wife cuti sebab NSW punya Labour Day. so pagi tu kita org i picnic kat botanical garden dengan family Hasri, family Asdi and Latifah (another PHD student). Sampai ke Botanical GArden around 8.45 am ... tengok2 pagar tutup lagi. baca2 laa... open at 10 am during public holiday ... sakitnye hati. So we went to Latifah's house dulu, then lepas tu barulah lepak Botanica Garden sampai kol 12.00. Petang tu pulak at 4.00 PM Lina buat house warming (cheeeh), sempena pindah ke rumah baru.
Dah habis semua deretan acara tu ... barulah aku pening... berapa banyak masa dah aku hilang .... takpe sesekali apa salahnya ....