sampoy's blog
Thursday, December 22, 2005
Sunday, December 18, 2005
Khutbah Jumaat 16 December 2005
Bersempena bulan Zulhijjah yang akan datang ni, for the third consecutive weeks Imam memberi khutbah pertama berhubung dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yg dikaitkan dengan amalan haji. Imam juga menyelitkan kaifiat menunaikan haji sambil beliau menceritakan kisah hidup Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Pelbagai kisah diceritakan, dan pengajaran yang perlu diambil diterangkan. Iktibar bagaimana sabarnya baginda berdua menghadapi segala ujian dan dugaan Allah, dan ketakwaan baginda berdua menerima segala perintah Allah. Walaupun kisah ini bukanlah perkara baru buat aku, tapi ianya telah mengingatkan aku tentang susah macam mana pun hidup, dan berat macam mana sekalipun dugaan yang aku lalui masih terlalu sikit kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang baginda berdua alami. Ini buat aku terpikir balik betapa bertuah dan beruntungnya aku. Teringat lak aku kata-kata Dr. Fazilah Kamsah lebih kurang macam nilah bunyiknya"kalau kita nak bermuhasabah, kita jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang, kalau kita pakai kereta wira kita tengok macam mana orang yang cuma mampu pakai kereta kancil, kalau kita pakai kereta kancil kita tengok orang yang naik motor, kalau kita naik motor kita tengok orang yang takde motor & naik bas, kalau kita boleh mampu berjalan kita tengok orang yang tak mampu berjalan"
itu kalau kita nak bermuhasabah diri kita. Itulah kita ni sebagai manusia kita memang mudah lupa. Dr. Mahathir pun pernah kata "Melayu Mudah Lupa" ... bangsa lain macam mana? itulah yang terjadi kepada bangsa Arab di Australia yang majoritinya adalah Arab Lebanese. Mereka tercari-cari imej mereka dibumi tumpangan mereka ini, Australia. Beberapa pendapat mengatakan mereka ini neither Lebanese nor Australian! Generasi muda mereka sudah tidak lagi mengamalkan budaya Arab Lebanese dan tidak mengasimilasikan diri mereka dengan budaya Australia. Harus diingat bukan semua Arab Lebanese itu muslim, ada juga kristian dan yahudi. Mengapa mereka perlu melupakan budaya mereka sendiri? atau memang begitu cara hidup mereka yang sebanarnya? entahlah ...
Berbalik kepada khutbah imam pada minggu ini. Kalau minggu lepas pada khutbah kedua, imam menyokong hukuman mati yang dikenakan terhadap Nguyen Tuong Van yang dijatuhi oleh Mahkamah Singapura. Kerana menurut imam di dalam Al-Quran dinyatakan hukuman bagi pembunuh adalah bunuh. Dan dalam konteks ini, Nguyen ini boleh dianggap sebagai pembunuh/bakal pembunuh kerana bahaya dadah yang mampu dan telah membunuh ramai manusia. Minggu ni pulak pada khutbah kedua Imam mengingatkan supaya semua muslim agar lebih berhati-hati ekoran dari kejadian race riot di Cronulla and surrounding suburbs. Beliau telah dipanggil bermesyuarat bersama-sama pemimpin komuniti lain di Balai Polis Wollongong untuk cuba mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini kerana Wollongong juga dikhabarkan menjadi antara kawasan panas. Beliau juga telah diminta oleh pihak polis supaya menasihati muslim di sini agar manjauhi kawasan pantai dan tempat2 awam lain. Pemandu teksi juga diminta berhati2 ketika mengambil penumpang, kerana berlaku beberapa kes assault yang melibatkan pemandu teksi berbangsa Arab.
Disamping itu juga imam mengingatkan bahawa memang telah dinyatakan dalam Al-Quran yang kaum yahudi dan nasrani (kristian) ni memang akan tetap dan terus membenci umat Islam dan mencari jalan merosakkan umat Islam. Tetapi jika sekiranya mereka tidak memusuhi kita secara terang terangan adalah menjadi kewajipan kita untuk menjaga hubungan baik dan menghormati mereka. Inilah yang menjadi punca timbulnya permasalahan kaum di sini. Generasi kedua golongan pendatang Lebanese ini dikatakan tidak menghormati masyarakat kulit putih yang memang kita ketahui bersikap arrogant. Ramai remaja Lebs juga dikatakan kerap mengganggu keamanan dan tidak mengamalkan cara hidup islam sebenar serta kerap melakukan perkara yang buruk yang diumpamakan sebagai Aussie's nigger. Ini berpunca daripada sikap ibu bapa mereka yang terlalu sibuk mencari harta dunia sehingga mengabaikan tanggung jawab menjaga anak2.
Kalau nak dikirakan, orang berkulit putih ni pun sebenarnya pendatang. Ramai pendatang dari Itali, Greek, Ukraine, German, Croatia, Serbia dan negara-negara eropah lain. Tapi disebabkan warna kulit dan agama mereka sama, mereka menganggap mereka adalah Australian. Wah!!! perasan tak ingat tu, hanya kerana mereka datang lebih awal sekitar tahun 1960an (third wave)maka mereka anggap mereka itu superior? Apa beza mereka dengan Lebanese, Chinese, Vietnamese (4th wave)? Helena Dokic yang berhijrah ke Australia pada 1996 pun dianggap Australian, bukan Serbian ... walaupun pernah menyatakan secara terbuka untuk meninggalkan Australia dan enggan mewakili Australia pada 2002, hanya semata2 dia berkulit putih! Peristiwa ini heboh satu dunia, tapi begitu cepat dan pantas dilupakan oleh masyarakat kulit putih Australia bila Helena Dokic menyatakan hasrat untuk kembali ke Australia ... dia diterima dengan tangan terbuka, tidak cukup dengan itu malah dialu-alukan. Cuba sekiranya perkara ini dilakukan oleh seorang yang bernama Ahmed, Abdul, Tan, Nguyen etc? bolehkah mereka diterima? PM Howard kata Australia bukanlah negara racist ... tapi apa yang berlaku tak seperti apa yang dilihat.
Wednesday, December 14, 2005
Snobbish and Arrogant!!!!
Pelik!!! after the anglo european started the riot now the police turn the table on the ARABS. Apa ni! Memanglah riot berpunca dari rasa tak puas hati orang puteh (european termasuk CROATIAN!!!)terhadap Lebanese yang terkumpul sekian lama, tapi siapa yang memulakan riot ni? itu satu persoalan asas yang perlu di jawab. Pada hari di mana riot berlaku, hari Ahad lepas hanya beberapa tangkapan dilakukan terhadap org puteh, tetapi sehingga sekarang bilangan Arab yang ditangkap lebih ramai dan cara tangkapan di buat juga berbeza. Di kaca2 TV dipaparkan bagaimana ganas dan teruknya orang arab di belasah dan dikejar pada hari Ahad, tetapi pada hari2 berikutnya berita lebih menunjukkan keganasan dan cubaaan memburuk-burukkan Lebs. Polis pulak seperti bias against the Arabs .... aku pun mungkin biased tapi ini cuma pandangan berdasarkan pemerhatian aku daripada berita di kaca TV dan media massa tempatan. Memang tak di nafikan Lebs ni dah jadi macam rakyat kelas dua macam african-american di layan di America. ada article yang mengupas permasalahan golongan Lebs ni di akhbar The Australian. Sekali difikirkan saling tak tumpah macam apa yang berlaku terhadap kaum India di Malaysia. Mereka semakin ketinggalan dari pelbagai aspek sosio ekonomi dan juga siasah. Sebagai jalan penyelesaian mereka mula menganggotai gans & cult. bukan semua tetapi sebahagiannya cenderung ke arah yang sama. Entahlah, peristiwa ni membuatkan aku tawar hati untuk terus tinggal lebih lama di Australia, benarlah pepatah melayu "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Tapi entahlah, mungkin emas yang dikumpul dinegeri orang dapat digunakan untuk membina benteng menahan hujan batu? Siapa tahu?Memang ada yang mengatakan tak adil mengatakan sesuatu itu sebagai racism jika sesuatu kaum semakin ketinggalan ... tapi adakah mereka mempunyai pilihan lain? Kalau peluang yang diberikan tidak seimbang dan tak setara, bolehkah mereka bersaing? golongan yang dikalangan cream of the cream mungkin boleh, tetapi bagaimana golongan yang di golongkan sebagai average dan below average? keseimbangan ini lah yang perlu dijaga dan dititikberatkan bagi menjamin kesaksamaan dan kestabilan.
Monday, December 12, 2005
Cronulla Race Riots
Menakutkan! Cronulla, located at the Southern suburb of Sydney had the whorst race riots since 1860. Anyone with middle eastern appearence is being bashed up yesterday. Bermula dengan tragedy di mana sekumpulan anak muda pendatang Lebanese telah membelasah life guard di Cronulla Beach yg dikhabarkan menghalang mereka daripada bermain beach soccer di pantai tu kerana mengganggu pengunjung lain. Mulalah retaliation sampai terjadinya race riots yang menular ke suburb2 yang lain.Si Lebs ni pun satu jugak, yang pergi belasah orang tu buat apa. Agak menakutkan jugak bila baca berita macam ni. Suburban area tu memang agak ramai golongan Arab Lebanese terutamanya suburb like Arncliffe, tapi tak lah seramai di Auburn yang dah boleh dikatakan sebagai Arab Town. Aku pernah ke Auburn tu, memang penuh dengan orang Arab, cuma satu yang aku tak suka, diaorg bawak kereta macam kena kejar hantu! laju, ganas ngalahkan Malaysia driver. Dahlah kereta besar2 seram jugak bawak kereta kat sana. Itulah Lebanese ...
Friday, December 02, 2005
Khutbah Jumaat
Hari ni aku pergi solat jumaat dengan Danish. Agak lambat sikit, pukul 1.10 baru sampai sebab jalan dekat Town harini mengalami extraordinary congestion. Hah!! Wollongong Jammed!! macam miracle lah pulak hahaahahaha mungkin sebab harini sedikit panas berbanding sepanjan minggu yang semakin mirip winter.Sebelum aku cerita khutbah jumaat yang aku dapat dengar sekerat tu aku nak cerita yang semalam aku dan family attended Danish punya graduation party. hahahahaha Danish tak grad lagik, tapi dia participate on the performances yesterday. The event started at 5.15 p.m. (nosy sanggup ambik half day leave yesteday) dimulakan dengan chicken dance, lepas tu a few songs/dances and ape ke nama tu ... yang ada narrator baca cerita buak2 ni buat lakonan tanpa suara. Danish di sebabkan tak tinggi (beralas sikit bahasa ni) terlindung disebalik rakan2nya yang lebih tinggi ... hehehehehe. Jadi tak nampak jelas sangat cuma nampak dia menari2. Lepas tu diikuti majlis penganugerahan sijil yang tak melibatkan Danish, sebab Danish still akan attend that pre-school next year. Lepas tu ada makan2, disebabkan pre-school ni non-profit making organisation, kena pot luck. itulah dia... lepas tu ada majlis menari untuk budak2 ni. Yang sebok menari si Firas .... hahahaha dia lak melebih2 bukan main lagi. Lepas tu ada lucky draw .. Danish menang satu present.
Berbalik dengan khutbah Jumaat harini, Imam menyambung semula khutbah pasal perkahwinan dan adultry. Hmmmm ... sambungan minggu lepas pasal perkahwinan dalam Islam, dan orang yang dibenarkan dikahwini. Aku tak berani nak cerita pasal last week's khutbah, sebab Imam kata muslim boleh mengahwini ahli kitab iaitu kristian dan yahudi dengan beberapa syarat anataranya untuk membentuk dan menarik mereka kepada islam. Jangan tanya aku punya komen cuma itu yang disampaikan oleh imam. Memang aku tahu muslim boleh mengahwini ahli kitab, tapi persoalannya adakah yahudi dan kristian sekarang ini masih boleh dianggap sebagai ahli kitab? biarkan yan arif memperbincangkan nya, dan jalan yang selamat carilah yang islam sebab nabi berpesan kahwinilah wanita yang beragama ....
Harini disambung dengan persoalan nikah muta'ah (iaitu nikah kontrak) yang dipraktikkan di Iran (Syi'ah). Imam kata HARAM hukumnya. Aku pernah sendiri tengok documentary tentang nikah muta'ah ni di TV Australia ... tak silap aku ada dulu aku post dalam blogs aku. Menyedihkan, bila perempuan dinikahi bagi tempuh kontrak tertentu dan dijanjikan bayaran yang tertentu ... subhanallah. Imam juga kata lelaki muslim boleh meniduri hamba wanitanya. Tetapi sekarang ini sudah tiada lagi hamba abdi seperti dulu. Hamba abdi ini hanyalah hamba akibat peperangan, bukan seperti sekarang perempuan dijual bagi membayar hutang!. itulah dia ... imam kata berhati2 dengan pendapat orang yang mengaku ulama' tentang hukum perkahwinan ini. Jalan selamat adalah mengahwini muslim sejati yang taat perintah Allah.
First in 12 years ...
Hari ni berakhirlah riwayat seorang warga Australia, Nguyen Tuong Van yang telah dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah Singapura. Peristiwa yang mendpat liputan meluas media masa Australia ini adlah merupakan yang pertama semenjak 12 tahun ini. Kali terakhir adalah pada 1993, di mana seorang warga Australia telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Malaysia. Bantahan bukan saja dari rakyat Australia, malahan dari kerajaan Australia pimpinan Howard juga memngemukakan bantahan rasmi. Malahan mereka merancang untuk melaksanakan trade embargo kepada Sinagapura. Singapura tetap dengan pendirian mereka sama seperti Malaysia pada satu ketika dulu ketika pimpinan Dr. Mahathir.Thursday, December 01, 2005
macam-macam ada....
Tak reti nak komen ... yang sebenarnya bukan tak reti apa ... semuanya ada kat link di bawah.The Sun: 4 chinese National case updates
The Sun: isu baru timbul
The Sun: Penang Immigration Department
The Star: Independent Committee
The Star: She'a a MALAY
The Star: habislah
Begitulah kisahnya, bila satu terbongkar berderet-deret cerita keluar. Nak salahkan sapa?
Blunders....
link to Timbalan Menteri's komenMerdeka Review
Sekali lagi Pak Lah terpaksa melakukan damage control. Pepatah melayu ada mengatakan "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya". Tak berani nak komen panjang, lagipun banyak komen2 yg telah diberikan oleh orang yang lebih arif untuk memberi komen. Cuma agak memalukan dan mendukacitakan bila berita ni keluar dalam BBC News ... satu dunia dah tahu.
Screenshots
Politics 101
Lim Kit Siang
Teresa Kok
Utusan Malaysia
Brand New Malaysian
Latest update:
Akhirnya Datuk Noh Omar minta maaf.