Wednesday, March 22, 2006

Baru Semalam

Baru semalam aku blogging pasal alternative to fossil fuel ... harini dah launched bio-diesel kelapa sawit. Baguslah kalau macam tu, semoga pendapatan peladang kelapa sawit akan bertambah ... jangan macam yang sudah2 tu, bila harga melambung dikenakan cukai, bila harga jatuh merudum takde pulak nak dibagi subsidy, sudahnya banyak kebun kelapa sawit kat kampung tu jadik terbiar dan terbengkalai tak berjaga. Again, diharap perlaksanaannya bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sesetengah pihak ...

Tuesday, March 21, 2006

Lagi Cerita Pasal Petrol

Nampaknya cerita petrol naik kat Malaysia tak habis lagi. Lepas satu ... satu issue yang timbul. Mula-mula naikkan petrol sampai 30 sen, pengumuman pulak dibuat lambat. Alasannya macam biasa, nak kurangkan subsidi katanya nak jimat duit kerajaan. Mulalah penerangan sana sini dibuat lepas pemimpin sedar rakyat marah dengan kenaikan mendadak. TPM pulak buat kenyataan ubah cara hidup. TPM pulak kena belasah ... katanya orang kaya bolehlah ubah cara hidup, habistu orang miskin yang memang hidup sekadar memenuhi keperluan nak ubah kemende? ubah supaya makan sehari cuma sekali? Bila penerangan sebegitu tak jalan kenalah pulak buat another damage control ... tubuh dana pengangkutan yang bertujuan menaiktaraf sistem pengangkutan awam. Siapa yang benefitted? Orang kampung aku kat Batu Pahat tu benefitted ke? macam mana nak distribute equally to all the affected rakyat? jangan kata org kampung ... ini orang yang duduk bandar besar macam kat KL tu pun ... setakat naik taraf ... tambang pun naik ... dapat ke faedah?

Misleading Comparison
Kekadang pelik juga bila compare Malaysia dengan Singapore, UK, Australia in terms of fuel price ni. Kena tengok currency exchange jugak. Australia contohnya petrol prices ranges between $1.11 - $1.30 (extreme situation $1.35). Gaji depa kerja berapa? harga barang pulak berapa? sebungkus spagetti tu baru 49-59sen ... kat malaysia dah 2-3 ringgit. Kat sini fresh grad kerja gaji AUD$2000 (nett after 29% tax), kat Malaysia paling kuat gaji RM2000 (gross before tax, EPF & SOCSO)... RM2000 dapat apa dan AUD2000 dapat apa? boleh ke beli brand new Mazda 6 RM29,000? boleh ke beli brand new Honda Jazz RM15,000? (as Mazda 6 and Honda Jazz cuma AUD29K & AUD15K respectively)kancil pun tak dapat RM15,000. Ekonomi kita perlukan subsidi minyak sebab distribution of taxpayers money masih tak equal. Kita takde agency se efficient Centrelink ... kita cuma ada jabatan kebajikan masyarakat yang hanya menjaga kebajikan "mereka" sahaja. Duit kebajikan bagi "golongan termiskin" cuma berapa RM sebulan ... bayar air busuk SYABAS ngan bill TNB pun dah nak habis, belum lagi sewa rumah, dan barangan keperluan makanan yang semakin naik.

Desparate Damage Control
Terus terang tindakan lewat dan counter measure yang kurang tepat mengeruhkan keadaan. Bila orang dah berpiket depat bangunan kemegahan Malaysia, Petronas Twin Tower barulah nak bagi penerangan. Keluar pulak kenyataan rakyat perlu ubah cara hidup ... Macam aku kata tadi, yang kaya bolehlah ubah cara hidup ... dari kereta Jaguar turun ke Mercedes. Ferrari tukar ke Boxter, tapi bagi yang hidup cukup seadanya ni nak ubah macam mana? Tukar dari naik motor (which is cheaper than public transport)ke naik basikal? yang baju beli kat pasar malam ... ikan kembung beli kat pasar borong Selayang ... nak ubah canno? kutip kapas dari pokok dan buat baju sendiri? pergi tangkap ikan sendiri? Cuba tanya sikit ... berapa gaji kerani kerja kerajaan? lepas ke RM1000.

Tapi betul juga cadangan ubah cara hidup tu. Sebagai individu sebenarnya kita boleh merubah cara hidup kita. Cara paling mudah nak ubah dara hidup ialah berhenti merokok. Aku rasa rata-rata lelaki melayu dewasa di Malaysia tak kira berpendapatan tinggi atau rendah hisap rokok. Kalau tak 80% mungkin 70% merokok. Kepada yang merokok tu renti-rentikanlah merokok. Sekotak yang 20 batang last sekali aku tahu RM6 ... katakanlah 2 hari sekotak, sebulan dah 15 kotak, secara matematiknya dah RM90 sebulan jimat. Kenaikan petrol 30 sen selitre jadi kos rokok tu dah boleh tampung untuk kenaikan bagi 300 liter petrol. Ada ke sebulan pakai 300 liter petrol? itu kalau 2 hari sekotak .... kalau sekotak sehari? sebulan dah jimat RM180 = menampung kenaikan bagi 600 liter petrol. Selain jimat ... badan pun semakin sihat.
Cuma aku kesal kenapa pemimpin tak fikir ke kenaikan petrol akan menyebabkan kenaikan berganda (multiplier effect), takkan takde economist yang mampu nak bagi nasihat ... atau dah tak perlu nasihat economist? Nak paksa peniaga kekal harga? apa nak meniaga kalau tak balik modal? Bila barang makin mahal, rakyat semakin berjimat, domestic consumption menurun, GDP menurun ... akibatnya inflation plus recession equal to economic turmoil. Aduhlah .... tak tahu macam mana nak kata.

Bila tak jalan sesi penerangan tubuhkan tabung amanah untuk sistem pengangkutan RM4.4billion ... sapa yang nak pakai? sapa yang dapat faedah? Kalau duit tu betul-betul untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam baguslah .. tapi jangan nanti mula dengar cerita projek yang bukan2 yang menelan belanja yang merapu. Ingat lagi projek elevated highway? berapa punya tinggi kos dia? sedar2 tak sampai berapa tahun dah retak ... lepas tu cerita tu terus senyap ... tunggu surat khabar buat pendedahan exclusive dulu kot baru nak betulkan.

Mana R&D?
Minggu lepas aku tengok satu rencana kat channel SBS, macam mana Brazil berjaya melepaskan diri dari penggantungan terhadap petrol & diesel sebagai bahan bakar. Mereka switch to penggunaan Ethanol yang dihasilkan daripada Tebu!!! (Tebu dulu masa aku kecik2 kat kampung tu orang buat tak pandang aje). Oklah depa pengeluar tebu/gula terbesar dunia ... kenapa kita tak ikut contoh mereka ... gunakan sumber yang ada ... daripada semakin ramai rakyat kena diabetes akibat makan banyak gula baik gula tu buat ethanol ... bergerak gak kereta. Kita dulu ada R&D pasal Minyak sawit sebagai bahan bakar ... berjaya, tapi kenapa tak terus dimajukan ... kenapa tak di galakkan dari dulu? Kan ke bagus kalau dapat dimajukan ... boleh export lagik ... sapa yang untung ... petani kelapa sawit untung, rakyat untung, kerajaan pun untung sebab boleh export. alternative bahan bakar lain macam gas asli pun boleh digalakkan. Australia contohnya, mereka menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan bakar kenderaan kerana environmental friendly dan reserve dia masih banyak ... murah pulak tu. Tapi aku cukup berkenan denan Brazil yang memajukan penggunaan ethanol sebagai bahan bakar kenderaan ... rayatnya bangga menggunakan ethanol ... rakyat kita nak bangga dengan apa?

Fixed Price vs managed Flexi Price
Mana bagus? rasanya managed flexi lagi bagus, sebab bila oil price dunia naik harga runcit bahan bakat tu pun naik ... bila world oil price turun , retail price bahan bakar tu pu turun jugak. Bagilah sikit subsidy ... kalau tak nak gak bagi subsidy kena letak minimum wage rate macam Australia dan UK.

Pengantungan terhadap bahan api fossil
Entahlah aku pun tak tahu apa nak jadi ... selagi kita bergantung pada this fossil energy selagi tulah kita punya economy vulnerable. Currency kita tak kuat... susah tu. Lagi satu, janganlah naik mendadak macam ni ... tahulah masyarakat Malaysia ni... kalau naik sikit2 depa takdelah bising sangat .. tapi kalau dah naik melampau2 sendiri mahu ingatlah.

Perancang dan perlaksanaan
Lagi satu yang aku perhatikan, Malaysia ni banyak rancangan pembangunan dan penambahbaikan yang dirancang bertaraf AAA rating, tapi kenapa perlaksanaan nya tak pernah mencapai matlamat asal? Kenapa agaknya? fikir-fikirkanlah.

Thursday, March 16, 2006

MRSM Jasin Terbaik!!!!

Tengoklah sapa dia punya super duper senior .... hehehehehehehe :D

SPM: 6,235 di 28 MRSM cemerlang
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kesemua 6,235 pelajar di 28 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu, seramai 103 orang memperoleh 1A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata, MRSM Jasin di Melaka muncul MRSM terbaik tahun ini diikuti dengan MRSM Taiping, MRSM Beseri dan MRSM Langkawi.

``Keseluruhan sembilan mata pelajaran yang diambil pelajar kita juga telah mencatatkan peningkatan yang begitu baik sekali.

``Malah kita dimaklumkan, kesemua pelajar MRSM Pontian sebagai contoh, berjaya memperoleh 1A dalam Matematik,'' katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 12 buah lagi MRSM akan ditambah.

Justeru katanya, pengambilan awal ke MRSM tersebut dijangka dapat dibuat pada awal tahun 2007.

Beliau juga menjelaskan pihaknya tidak bercadang untuk memaksa para pelajar MRSM untuk mengambil lebih banyak mata pelajaran walaupun ada di antara mereka yang mungkin boleh melakukannya.

Katanya, pihaknya tidak mahu membebankan pelajar sebaliknya mereka perlu menumpukan perhatian ke atas sembilan mata pelajaran teras yang telah ditetapkan.

Mengenai syarat kemasukan, beliau berkata, syarat yang sedia ada sudah cukup ketat biarpun jumlah mereka yang cemerlang dan layak untuk memohon ke MRSM semakin bertambah pada setiap tahun.

Tuesday, March 14, 2006

Jiwang Karat Seround

Sebenarnya aku takde ape nak update ... adalah sikit cerita tapi setakat BBQ Malaysian Society Wollongong aje yang nak cerita pun. Orang melayu pun tak habis jari nak kira ... akibatnya Malaysian Society jadik Indonesian & Singaporean Society laks .... hahahahaha. oklah aku nak menjiweng seround dengan lyrics lagu Kelly Clarkson ni ... sesapa yang dengar lagu ni bolehlah nyanyi sama ... hehehehehe


Because of you
I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself cause my heart so much misery
I will not break the way you did
You fell so hard
I've learned the hard way, to never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side
So I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust
Not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake, a smile, a laugh
Every day of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side
So I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust
Not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry
Every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry
In the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side
So I don't get hurt
Because of you
I tried my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you
Because of you

Tuesday, March 07, 2006

Memalukan

Semalam aku tengok rancangan Today Tonight. Rancangan ni bermula dari jam 6.30pm - 7.00pm. Dalam rancangan tu ada satu segment yang betul2 memalukan ... bukan saja aku tapi memalukan semua umat Islam di mata masyarakat Australia. Kisahnya berkenaan this one muslim man kawin 2. Yang jadik issuenya mamat ni tak kerja, kawin 2, ada anak ... jadi utk menyara hidup dia claim benefits dari Centrelink*, dan boleh pulak hidup mewah. Itu yang jadi tak betul sebab bila claim dari Centrelink tu adalah declaration yang tak betul dibuat, atau misleading. Siap interview imam besar Quensland lagi nak tanya pasal benda ni. Imam tu dengan selambanya kata lelaki itu tak layak untuk kawin lebih dari satu sebab hanya orang yang berkemampuan dari segi zahir dan batin boleh kawin lebih dari satu. Dia kata Islam tak benarkan kawin ramai dan kemudian claim benefits dari centrelink. Inilah pak arab kat sini... memang memalukan umat Islam dengan memberikan persepsi yang salah. Mereka kat sini tak tahu pasal Islam yang sebenar2 nya, yang dia org tahu muslim ni dikaitkan dengan terrorism. macam ni macam mana Islam nak bekembang. Teringat aku kisah yang Imam Masjid Gwynneville cerita pasal seorang jiran Nabi Muhammad SAW yang beragama yahudi. Kerja dia ni setiap hari membuang sampah di depan pintu rumah nabi. Pada satu ketika tu bila Rasullullah SAW keluar rumah tak ada sampah dibuang depan pintu baginda. kalau tak silap aku utk 3 hari tak ada sampah, Rasullullah pergi ke rumah lelaki yahudi tu utk bertanya khabar ... rupanya dia sakit. Kerana perilaku Rasulullah yang mulia itu, lelaki Yahudi tu telah mengucapkan 2 kalimah syahadah ... (cerita ni tak berapa lengkap sebab dah lama dah imam cerita pasal ni... tapi inilah gist of the story). Kalau kitalah hari-hari orang campak sampah depan rumah mahu kena sula orang tu ... Jadi kesimpulannya cara yang terbaik untuk berdakwah adalah dengan mempamerkan perilaku yang baik dan terpuji, bukan setakat berceramah tentang itu ini, tapi dengan jiran sebelah rumah nak saman menyaman (sapa ek tu?)

* Centrelink tu adalah satu badan kerajaan yang mempunyai fungsi macam Jabatan Kebajikan Masyarakat kat Malaysia. Di Australia ni citizen yang tak bekerja atau berpendapatan kurang daripada $26,600 setahun (tak silap aku ... tak pun $16,600 nett of tax setahun) akan dapat bermacam2 elaun seperti unemployment benefit, Rental Allowance, dependent benefit (anak, isteri/de-facto) etc. Kalau PR pulak entitle semua kecuali unemployment benefit. Sebab tu depa ni semua pemalas ... harapkan orang yang bekerja (taxpayers)feed them ...

Tukar balik

Aku tukar balik skins utk blog aku sebab yang lama lebih user friendly ... hehehe

Apa Nak Jadi

Article ni aku dapat dari Sydney Morning Herald pagi tadi. Inilah akibat hidup tak bermasyarakat. Jangan sampai satu hari nanti Malaysia pun mengalami masalah yang sama sudahlah.

Elderly woman's decomposed body found
Advice from the NSW government to take care of neighbours has come too late for an elderly woman whose decomposed body has been found in her north Sydney home.
Police and NSW Fire Brigades officers found the body of the 86-year-old woman at her home on St John's Avenue in Gordon about 7.30pm (AEDT) yesterday, a police spokesman said.
Worried neighbours called police because they had not spoken to her since January.
The discovery of the woman's body is the seventh in only a month.
The bodies of six NSW residents were discovered in similar circumstances in just two weeks last month.
Some of the bodies were decomposed, having been undiscovered for up to eight months.
The latest discovery was made just hours before the state government announced a campaign this morning to encourage public housing tenants to look out for one another after the spate of gruesome discoveries.
Housing Minister Cherie Burton also announced $200,000 in extra funding over two years for a community development project at the Northcott building in Surry Hills.
"Public housing tenants should take responsibility for the future of their communities - and that includes being a good neighbour," Ms Burton said.
"Taking care of your neighbours is something we need to do more as a community and as a community we all need to make more effort."
She said things neighbours could do to keep in touch with each other included looking out for a build-up of mail in letterboxes, organising social activities and inviting people in for a cup of tea.

Monday, March 06, 2006

Wabak Blogging

Nampaknya wabak bloggging dah semakin merebak. Selepas member aku Benally terpengaruh untuk blogging, semalam wife aku pulak dah terpengaruh utk create her own blogs. Setelah mencari dan memodified skins blogs tu ... maka terhasillah satu lagi blog ... Life Down Under. Berpinar-pinar gak mata aku semalam ... dari pagi sampai ke petang menggodek akhirnya siap sebelum kami pergi ke beach ... sebagaimana routine sebelah petang di musim panas ni, nanti kalau dah start winter kang dah tak daya lak nak ke sana. Oklah aku nak balik rumah pulak ni ... Chiow like a bebe....

Thursday, March 02, 2006

The Facts About Petrol Price

before 1990 - RM 0.89
after 1990 - RM 1.10 (increased by RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (increased by RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (increased by RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (increased by RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (increased by RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (increased by RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (increased by RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (increased by RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (increased by RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (increased by RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (increased by RM 0.30)


[-=source: email=-]

Note: Extracted from blog tipah.

Blog dah up balik

Setelah penat memikirkan apa konsep nak pakai utk blog aku ni ... akhirnya terhasilah blog ini. Jenuh gak aku memecah kepala aku ni ... bukan aku reti sgt pasal website development ni ... cedoklah mana2 skin ... lepas tu adjust hahahahahah

Wednesday, March 01, 2006

Blog Under Construction

Disebabkan ada orang yang telah mengglamorkan blog aku ni, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku memikirkan konsep baru bagi semua entry-entry aku yang akan datang. Buat masa ini blog ini masih lagi under construction.