Wednesday, September 03, 2008

Shit!!!!

Its been a while since the last time I wrote on my blog. It is not that am not going to write on it, but it is all because of the damn heavy workload that I have on my shoulder. I dont know where to spit my disgruntle, and YES!!!! I remember that I have my stupid blog, who cant argue and contest to whatever I want to write. If people who read this blog do not agree with me ... so be it! It is my blog and I can write whatever I want to write. Should I care!!???

Today I begin my first working day after puasa with a horrible episode! Terlungkup all my pahala puasa for today. First, I was called for a discussion in a PANTRY! I was told that they need my expertise in accounting to assist them. Damn it! isn't it agreed before that I'll be the person in-charge for it. Then I was called by my boss regarding this. Shit! I was backstabbed! I was not given things that I needed, then they kept it to themselves ... kengkonon territorial lah tu! then when things out of their control ... memandai to call me in. Suddenly i got the tempias for them not doing their job and all the miscommunications. Should I care???!!! Damn it, I think it is the right sign that I should move on. I hate to say this but ...babai BNM ....

Thursday, August 24, 2006

LRT oh LRT

Dah lama aku tak update blog aku nih. Rindu pulak nak merapu tapi sebab kerja yang terlalu banyak menyebabkan aku tak sempat. Punyalah sebok sampai aku nak Qodo' Hajat pun susah heheheheheheh. Sebenarnya for the past 2/3 weeks aku mmg teramat sebok dengan projek. Itu 3 projek aku yg urgent ... ada lagi 4 projek dalam tangan yang tak seurgent 3 projek tu, jadik aku ambik kesempatan ni untuk abuse aku punya office hour untuk tulis blog hehehehehehe. Inilah dinamakan rationalisation, dimana aku mencuri masa kerja aku bagi menggantikan extra hours yg aku spent utk menyiapkan projek aku harituh. for the past 3 weeks aku kerja balik lewat malam, then weekends pun aku datang office, bukan dapat allowance or OT pun, dahlah tuh time off pun tak dapat. Jadi aku rasa aku kidnap sikit setengah jam utk tulis blog kira oklah kot. Sekarang ni aku ada 4 projek besar dan ada 1 projek yg tak berapa besar sebab ramai team member. Sekarang ni forensic accounting section ni aku sorang, so semuanya kena buat sendiri ... aku dah mintak boss aku tambah org under aku ... dia kata ok tapi kena bawak lah ke management comittee meeting ... entah bila lah agaknya nak dapat. Aku tak tahulah boleh tertangan ke tidak semua projek yg dalam pipeline nih. 1 due in 3 months from now, 2 projek 6 months from now & 1 projek 9 months from now. semuanya projek2 yang amat besar dan memeningkan kepala.

bosanlah cerita pasal kerja ... harini aku nak cerita pasal ragam orang naik LRT! Aku pergi kerja setiap hari naik limo panjang yg takde driver ni ... PUTRA LRT! dan setiap harilah aku pergi dan balik kerja bersesak2. dia punya sesak tu mengalahkan sardin ... itu sebabnya aku selalu keluar kerja awal sebab tak nak bersesak2. Aku naik LRT dari taman bahagia (PJ) yg merupakan 2nd station after kelana jaya. Even 2nd station tapi tetap kena berdiri ... kalau aku naik train selepas 7.30 am bermakna aku akan menghadapi masalah kekurangan ruang .... hahahahaha jadik kenalah aku keluar rumah before 7.10 utk berjalan kaki selam 15 minit ke LRT station. ini aku nak cerita pasal disiplin penumpang2 LRT ni. satu yg aku kagum dgn rakyat malaysia sekarang ni ialah .... mereka reti untuk beratur!!!! mula2 aku terkejut gak ... tapi baguslah sebenarnya rakyat malaysia ni boleh didisiplinkan. ada satu hari tuh, kami semua beratur panjang untuk naik LRT, termasuklah cina, india, melayu, mat & minah Indon, mat & minah salleh .... bila LRT sampai kami tunggu orang keluar dulu barulah kami perlahan2 masuk. dengan secara tiba2 jeng! jeng! jeng! dengan penuh kepantasan aku nampak seorang lelaki muda berkopiah telah memotong Q mencilok untuk masuk dalam LRT dengan penuh keselambaan. Chet hampeh sungguh!!! sungguh memalukan sebab semua org geleng kepala termasuk mat2 & minah2 indon. yang lebih memalukan dia memakai kopiah!!!! aiyyoooo kalau mahu buat jahat kasi bukaklah itu kopiah brader ... bikin malu tau. Aku pun tak paham, dia nientah datang dari dusun mana agaknya ... kalau pun datang dari dusun ke gunung ke ... takkan tak nampak org beratur? hello brader mata buta ka? akai ada ka? aku tak tahu apa punye spesis lah ini orang.

banyak lagi sebenarnya ragam dalam LRT ni ... pernah jugak berlaku tetiba ada pompuan menyeranah sorang mamat ni .... dari yg aku dengar ... hehehehhee bizi bodi gak aku ni ... perempuan tu claim lelaki ni raba dia .... lelaki tu pulak kata bukan dia nak raba dah sempit tergesel sikit pun nak bising ke? kalau tak mo tergesel naiklah kereta/teksi ..... aku tak tahulah mana satu yang betul .... kalau betul tergesel mungkin gak sebab sempit ... kalau sengaja hehehehhe apelah punye pervert ... yang pompuan tu lak .... kalau tak mo kena gesel naiklah train lebih awal ... hehehehehe aku tak tahu kesah sebenarnya, lantak depalah.

Tapi, apa2 hal pun aku suka tengok disiplin penumpang2 PUTRA LRT .... bukan setakat beratur, tapi dah reti nak bangun bagi tempat duduk kepada org yang betul2 memerlukan .... kasimpulannya sapa kata rakyat malaysia tak boleh didisiplinkan, cuma kena ada something yang trigger bende tuh.

Tak de kerja?

Aku tak de kerja? Hey sorry mate sapa kata aku takde kerja!!! Habis tu macam mana aku sempat update blog? Hello! I spent not more than 5 minutes to write things in my blog ... does it shows that aku tak de kerja? I didn't spend my time for ciggy break neither mengumpat nor browsing internet!!! from 8.30 am to 5.30pm aku terpacak kat tempat duduk aku buat kerja or attend meetings... diselitkan dengan lunch break between 1.00pm to 2.00pm. Solat Zohor during lunch time ... solat asar after 5.30pm before aku balik ... so salah ke aku spent 5 minutes utk menulis apa yg terbuku kat hati aku!
Ade gak tanya apesal aku tegur org ... aik!!! salah ke aku tegur org yg aku kenal? Bukan nya semua orang aku tegur. Susah jugak kalau aku tak tegur orang .. nanti kata aku snob ... bila aku tegur org macam2 pulak org interprate. aduhai ... sometimes ada jugak org tak dapat nak bezakan antara gurauan ngan facts. My chat box tu utk aku dan sesapa aje melepaskan tense .... kalau tak tahu pucuk pangkal please don't jump into conclusion and judge people as you wish (sesedap rasa) ... you have no right to judge other people!!!! lagipun for what purpose? is there anything that bother you???
Dah malas aku nak layan banyak lagi kerja aku nak buat ...

Wednesday, August 23, 2006

Crossroad

alamak tajuk entry macam movie Britney Spears lah pulak.... heheheheh again don't ask me about this movie sebab aku tak pernah tengok hehehehehe. Sebenarnya aku tengah kongpius arahan sapa yang aku nak ikut ... immediate boss aku kata buat cenggini ... big boss aku kata buat cenggitu ... pada pendapat aku pulak hehehehe takyah buat ape2 senang cerita duduk mengular lagi bagus. eh takleh nanti PRIME akhir tahun aku teruk pulak ... tapi aku rasa memang teruk jugaklah tahun ni sebab aku balik bekerja pun dah bulan August ... PRIME bulan October dah start ... cemana pun misti teruk punyelah. pening seh ...

Harini jugak aku nak cerita makan tengahari kat D'Tebing. Best wooo makan kat sini, makan ala2 buffet sekali makan tak kira apa lauk dengan air standard (bukan air buah lah) RM4.50 .... kalau dengan air buah RM5.00. ha itulah kelebihan D'tebing. Harini aku makan lauk ikan bakar, ulam, sambal tempoyak & papadam, minum air sirap limau ... RM4.50. semalam aku makan ikan keli sambal, sayur, papadam & air sirap limau pun RM4.50. malas lak nak amik lauk bebanyak sebab dah namanya org melayu lauk ni tak penting sangat, nasik tu lagi penting sebab sehari tak makan nasik mulalah menggigil satu badan ... hehehehe ape ingat aku dok Australia setahun setengah dah lupa makan nasik ke? hehehehehe

oklah malas lah nak update ... banyak kerja nih

Monday, August 21, 2006

Beriyani Gam dan Solat Jumaat

hehehehehe tajuk entry dah macam movie punye tajuk ... gol dan gincu (don't ask me about this moveie ... aku tak pernah tengok pun hehehehe). Sebenarnya aku nak cerita jumaat haritu aku sebelum solat jumaat aku makan beriyani gam kat JKR. dah lama tak makan, jadik aku pun order beriyani gam dengan ayam kampung ... dush kena RM5.50. hehehehe meningkat jugak harga makanan sekarang ni. Inilah hasil daripada pembangunan ala2 graduan Oxford ... nasib baik gaji dah naik kalau tidak mahu on diet aku. Tapi sekarang ni aku lunch time pun tak makan sebab pergi Gym ... bukan apa, selain economical ianya jgak dapat meleperkan perut aku yang semakin membuntal ni. Inilah gara2 tak exercise sepanjang aku kat Aussie.
Cerita pasal beriyani gam ni ... memang tak dapat nak dielak lepas makan mata terus jadik kuyu ... sampai khutbah pun terpaksa menongkat mata. Nasib baik aku tak tertidur macam org kat sebelah aku sampai siap berdengkur kroh kroh kroh ... hehehehehe dahlah tak dengar khutbah, orang lain nak dengar khutbah pun dia ganggu paksa dengar dengkur dia. Hey! nak tidor balik rumahlah! itulah dia sikap kita, jangankan dengar khutbah ... ada yang tengah meeting hal negara pun belasah tidor hehehehehe. kenapa ek? adakah kerana pemakanan atau kerana sikap? susah jugak nak pastikan, kena tanya dia apa dia makan for lunch, and pukul berapa dia tidor. Adakah lambat tidor sebab layan Astro? atau sebab makanan yang melalokkan? hehehehe susah beb!
Khutbah hari ni cerita pasal kisah israk mikraj, dan diselit dengan kekejaman Israel. Nothing new about this topic tapi bagus jugak sebagai peringatan kepada orang melayu yang mudah lupa ni, but the approach is a bit dull & boring. Yelah kalau nak dibandingkan dengan khutbah Syeikh Abdul Rahman di Wollongong memang Syeikh Abdul Rahman punye lagi best. Tapi kena jugak kita fikir the reason behind it. Kat Malaysia semua khutbah kena seragam dan approved by authority, unlike in Wollongong. Tapi kalau rajin datanglah tazkirah before khutbah tu, but .... berapa ramai yg ada? seronok lagi borak kat luar masjid sambil pekena cendol! hehehehehe cendol yang dipilih, sedangkan kalau datang awal sebelum khutbah mula tu boleh dapat unta, tak pun lembu, tak pun kambing. tapi sebab semua reward tu tak nampak maka orang memilih untuk menikmati cendol! cendol pun cendol lah janji semayang jumaat.
oklah aku nak buat kerja ... kang aku pulak kena bambu tak siapkan kerja .... selamat

Thursday, August 10, 2006

I'm back!!!!

Been quite sometimes since the last time this blog is being updated. Not that this blog is dying but my final project papers & my final exams forced me to hold any merapu story. yes ... after my final exams & submission of my project papers, i spent most of my time taking care of my childrens, since this is the only opportunity for me to pamper my two kids sebab once dah start kerja sure takde banyak masa can be spent to them. Then after my graduation we went for a short holiday break to Goldcoast & Melbourne. picture tak dan lagi nak upload dalam my fotopages. We touched down at KLIA tepat jam 8.20pm 31st July 2006. kesian to my two hero sebab kepanasan sebab it is winter in Australia!!! hahahahaha aku pun kepanasan gak ... tapi sekejap aje .. lepas tu oklah. Sekarang aku dah start kerja, pening gak banyak menda nak kena buat nih ... aku pegi keje sekarang pun naik limo panjang 2 gerabak tanpa driver. hehehehehehehe nantilah aku sambung lagi sebab nak buat kerja nih

Thursday, April 06, 2006

Blessing in disguise

Nok buak guane... lepas ni naiklah harga ikan tongkol (org ganu kate ikan aye).

Restoran nasi dagang semakin popular
KUALA TERENGGANU 5 April - Anak-anak pemilik Restoran Mak Ngah Nasi Dagang, Chendering dekat sini, tidak menyangka restoran ibu mereka semakin popular sehingga mereka tidak `menang tangan' untuk melayani pelanggan yang semakin bertambah.

``Ramai pelanggan kami kini membeli dan membungkus nasi dagang untuk diberikan kepada rakan-rakan mereka yang tinggal di luar Terengganu termasuk Putrajaya''.

``Kami tidak sangka, selepas kejadian (kontroversi) itu, semakin ramai orang termasuk dari luar Terengganu mahu datang ke restoran kami,'' kata Zainab Ngah.

Zainab, 44, anak kelima Sapiah Mohamad, 70, atau lebih dikenali sebagai Mak Ngah berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di restorannya di Chendering dekat sini hari ini.

Sebelum itu, para pemberita dan jurugambar berkumpul di restoran itu sejak pukul 8 pagi ini kerana mendapat tahu Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh mahu bersarapan pagi dengan nasi dagang di restoran tersebut.

Bagaimanapun, Idris yang difahamkan kerap mengunjungi restoran itu sebelum ini membatalkan hasratnya kerana terpaksa menghadiri taklimat penting sebelum mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman hari ini.

Sementara itu, Zainab memberitahu seorang pegawai kerajaan dari Putrajaya kelmarin mengunjungi restoran ibunya dan `memborong' sembilan bungkusan besar nasi dagang yang kesemuanya berharga RM90.

``Pelanggan saya itu memberitahu dia mahu membawa pulang nasi-nasi dagang itu dengan kapal terbang dan diberikan kepada rakan-rakannya.

``Selain pegawai kerajaan itu, ramai pelanggan kami kini membeli dan membungkus nasi dagang untuk diberikan kepada rakan-rakan di luar Terengganu.

``Kami tidak sangka pula, selepas kejadian (kontroversi) itu, mak saya semakin dikenali,'' kata Zainab.

Sapiah atau lebih dikenali Mak Ngah, 70, mencetuskan kontroversi apabila menjual kuah nasi dagang kepala ikan tongkol pada harga RM45 kepada Hasbullah Ishak, pada 27 Mac lalu, yang membelinya untuk dibawa pulang kepada isterinya di Putrajaya.

Gara-gara isu kepala ikan itu, Sapiah baru-baru ini dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana tidak meletakkan tanda harga pada kepala ikan tongkol yang dijual.

Wednesday, March 22, 2006

Baru Semalam

Baru semalam aku blogging pasal alternative to fossil fuel ... harini dah launched bio-diesel kelapa sawit. Baguslah kalau macam tu, semoga pendapatan peladang kelapa sawit akan bertambah ... jangan macam yang sudah2 tu, bila harga melambung dikenakan cukai, bila harga jatuh merudum takde pulak nak dibagi subsidy, sudahnya banyak kebun kelapa sawit kat kampung tu jadik terbiar dan terbengkalai tak berjaga. Again, diharap perlaksanaannya bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sesetengah pihak ...