Tuesday, April 12, 2005

Autumn in Wollongong

Dah sebulan masuk autumn .... cuaca pun masih tak menentu lagi. Sekejap sejuk sekejap panas. Semalam panas hari ni tetiba sejuk .... semalam gi uni pakai jacket, kepanasan pulak .... hari ni gi tak pakai jacket kesejukan pulak hahahahahaha ..... tapi OZ tak sesejuk UK.
Dah lama tak update blog ni sebab sibuk yang teramat sangat. Workload kat sini lebih teruk daripada kerja kat BNM!!!!!!!!! tapi memang MFA ni bagus for financial crime investigator. It covers fraud, white collar crime, employee abuse, financial statement fraud, money laundering & complex and organised crime. Tapi kat sini ada satu lagi master degree yang bagus .... Masters of Transnational Crime Prevention. tapi tu lebih sesuai utk FIU & police.
Aku baru aje selesai satu mid semester exam, seminar presentation and minor research (16 pager gak walaupun minor!!!!) this week. last week satu case study itu lagi bengong !!!! 39 pages. hahahaha ... semester ni tinggal ada satu lagi exam, 1 case study report, 3 major research dan 1 thesis paper (12000 words). lepas tu cuti sebulan ...... boleh relax sekejap. hehehehe giler struggle .....
Aku target nak dapatkan at least distinction!!!! 75% tuh .... tak terfikir yg aku boleh achieve High Distinction ... 85% tuh!! tu yang aku struggle sikit. Aku rasa kalau setakat nak lulus mungkin boleh buat ala kadar aje. Tapi sayanglah aku dah sacrifice a comfort life kat mesia utk belajar kat sini ..... risk allowance tak dapat, bonus tak ada ... increment tak ada ... banyak tu ... Lagipun aku pioneer batch .... kalau grad aku first graduate for MFA not only here ... in the world !!!!!!!!!!
Banyak email aku terima dari staff BNM yang apply MFA ni. Surprisingly not from my department. Macam2 soalan aku dapat, apa uni offer, apa MFA, apa forensic accounting ....... Marilah datang sini ramai2.... buat perkampungan melayu kat sini .... sebab sekarang ni tak ramai melayu ada kat sini, indon memang ramai. Majority Indon tu dapat AUSAID scholarship (from oz govt). tu yang makanan dari indon banyak ... tapi dari mesia tak ada. tak macam kat UK ... kicap kipas udang pun ada .... kat sini tak ada. hahahahah makan soya sauce lah ... kicap masin mat salleh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home